Ulasan Filem: Isn't It Romantic (2019)


Tahun Terbit | 2009
Pengarah | Todd Strauss-Schulson 
Pelakon | Rebel Wilson, Liam Hemsworth, Priyanka Chopra, Adam DeVine


Menonton naskah terbaru edaran Netflix untuk pasaran antrabangsa ini boleh dikatakan sangat menghiburkan. Tidaklah terlalu terhibur dan menjadikan filem ini sebagai filem terhebat edaran Netflix. Tetapi, cukuplah untuk kita lari sebentar dari beberapa naskah Netflix yang bersifat dunia masa depan dan si fi yang kadangkala lebih sudu dari kuah!

Isn’t It Romantic ialah sebuah filem romantik komedi yang bersifat parody. Ya, ianya memparodikan format biasa filem romantik, especially filem romantik terbitan 90an yang mempunyai beberapa babak ikonik untuk menjadikannya sebuah filem romantik. Di dalam file mini, watak utama kita terperangkap dalam dunia filem romantik gara-gara begnya diragut lalu kepalanya terhantuk tiang.

Kita dibawa untuk melihat kehidupan seorang gadis gemuk bernama Natalie yang selalu meminati filem romantik. Namun, sejak kecil, dia dimomokkan ibunya bahawa dunia di dalam filem sebenarnya bukanlah seindah dunia sebenar. Dan, ianya sedikit sebanyak menjadikan dirinya kurang keyakinan dan sentiasa dibuli di tempat kerja.

Kepercayaan kepada filem romantik pudar. Cinta juga gagal hadir. Namun, entah bagaimana, dia terperangkap di dalam dunia filem romantik yang disusun khas untuk dirinya selepas dia diragut di sebuah hentian keretapi. Dan semuanya berubah apabila Natalie terpaksa mencari happy ending yang menjadi kebiasaan bagi filem romantik.

Bagi aku, format filem ni memang unik, tetapi bagaimana ianya diterjemahkan tidaklah seunik yang diharapkan. Aku dah boleh agak apa yang sebenarnya terjadi, dan bagaimana Natalie boleh berada di dalam dunia romantik komedi. Namun, apa yang menjadi perhatian untuk menonton filem ini sehingga penamat ialah bagaimana dunia romantik komedi Natalie bakal berakhir.

Selain memberikan komedi yang biasa, filem ni berat memberikan satira kepada dunia pembikinan filem komedi. Aspek komedinya tidaklah terlalu melucukan. Kadangkala ada yang terlalu try hard namun boleh diabaikan. Tidaklah ada babak yang lucunya seperti meminta-minta, tetapi ianya cukup rasa untuk filem sebegini.

Lakonan Rebel Wilson yang sebelum ini dibantu dengan kekuatan team Pitch Perfect seakan tiada tongkat yang baik. Rebel mungkin kelihatan agak goyah sebagai pelakon utama filem ni. Namun, kelihatan dia mirip kepada aura Melissa McCarthy yang mana kali terakhir kita lihatnya dalam The Happy Time Murders pada tahun lepas.

Liam Hemsworth, Adam DeVine mahupun Priyanka Chopra kelihatan tenggelam habis. Seakan-akan kosong dan tidak ada impak yang benar-benar umph untuk menyaksikan watak-watak kecil ini menyerlah. Isn’t It Romantic seakan-akan menaikkan Rebel Wilson seorang dengan meninggalkan watak lain ke tepi dan tidak menyerlah sedikit pun.

Aspek muzikal filem ni sederhana. Hanya ada satu dua lagu yang ditayangkan, tetapi kebanyakannya tidaklah menarik mana. Namun, aku boleh katakan bahawa babak tarian dan lagu ini adalah bahagian yang agak menarik untuk ditonton kerana jarang kita melihat filem Hollywood yang ada dengan lagu dan tarian.

Pada aku, Isn’t It Romantic sekadar filem romantik komedi yang boleh layan. Filem ni sederhana sahaja dan tidaklah hebat mana. Namun, dengan plotnya yang unik, pastinya terdetik untuk melayan filem ini dan mengetahui kesudahannya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan