Ulasan Filem: Captain Marvel (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Anna Bodden & Ryan Fleck
Pelakon | Brie Larson, Samuel L Jackson, Jude Law

Filem terbaru dalam dunia filem Marvel ini mungkin sesuatu yang baru dalam beberapa aspek. APa tidaknya, ini ialah filem pertama dalam kategori superhero wanita semenjak dunia MCU diperkenalkan. Malah, filem ini juga turut bertindak sebagai prekuel kepada dunia MCU yang berula semenjak 2008 sebelum diraikan dengan meriah di dalam filem Endgame yang akan menjelma kelak.

Brie Larson menggalas tanggungjawab sebagai superhero wanita berjiwa kental yang dikenali sebagai Captain Marvel. FIlem ini lalu melakar perjalanan watak ini dari awal sehingga akhirnya bagaimana Carol Danvers boleh terlibat dengan masalah bumi yang dicetuskan Thanos dalam filem Infinity War.

Antara beberapa asapek positif filem ini ialah bagaimana penceritaan filem ni yang tidak seperti penceritaan kisah asal usul superhero yang lain. Jika selalunya kita melihat kisah superhero akan bermula dari awal, kemudiannya ke bahagian bagaimana seseorang itu mendapat kuasa, dan seterusnya. Namun, naratif Captain Marvel tidak sebegitu.

Filem ini bermula dengan watak Carol Danvers yang berada di planet Hala dimana dia sudah memiliki kuasanya yang tersendiri. Melalui filem ini, Carol kemudiannya mendapati kisah silamnya mula muncul perlahan-lahan daripada ingatannya yang dipadamkan. Nampak naratif ini biasa sahaja dalam filem Hollywood, namun penceritaan sebegini tidak pernah lagi digunakan dalam filem filem MCU.

Antara aspek lain yang mencuri tumpuan ialah muzik latar dan juga beberapa reference kepada era 1995. Mungkin tak semua perkara yang kita lihat di dalam filem ni boleh kita rasa pada era 1995 di Malaysia. Namun, sedikit sebanyak ianya membuatkan kita kembali ke era tersebut yang mana penuh dengan kenangan manis.

Secara peribadi, jika hendak katakan Captain Marvel ni best sangat, pada aku tidaklah. Captain Marvel cukup untuk membina beberapa logika dunia MCU yang tertinggal dan melengkapkan beberapa point dunia MCU selain memberi naratif sendiri kepada perjalana hidup Captain Marvel. Beberapa perkara yang tidak ada di dalam filem MCU dibina sekaligus mencantumkan Captain Marvel dengan dunia MCU untuk melengkapi.

Adegan filem Captain Marvel tak ada yang luar biasa. Ianya seperti menonton filem Marvel yang sudah biasa kita tonton. Tak ada aksi yang begitu memukau namun ianya tetap boleh dilayan walaupun CGI filem ini masih lagi di tahap sederhana seperti filem Black Panther dan beberapa filem MCU sebelumnya. Entah kenapa, MCU tidak mementingkan aspek ini untuk lebih membungakan kualiti filem mereka.

Dialog-dialog lucu gagal untuk kick anak tekak aku untuk ketawa. Entah kenapa, lawak dan dialog dalam filem ni agak try hard dan kurang menjadi. Atau mungkin juga lawak-lawak di dalam filem ni tidak segar mana kerana sudah diulang-ulang dalam filem MCU yang sebelumnya. Boleh dikatakan dialog filem ni agak membosankan!

Sedikit kecewa juga apabila ada bahagian-bahagian filem ni yang agak membosankan, terlalu menekankan perbualan yang rasanya boleh dibikin dengan lebih mantap. Adegan twist tentang bangsa Skrulls juga agak mengecewakan dan kelihatan gagal untuk menyerlah. Entah kenapa, keterujaan menyaksikan Skrull berakhir dengan kekecewaan kerana naratif mereka yang begitu kurang mantap.

Aksi dalam filem ni agak sedikit. Malah, dengan kekuatan Captain Marvel yang dicanang, rasanya watak antagonis lebih dikejamkan dan dimantapkan lagi. Bukannya seperti apa yang kita lihat. Seolah-olah melihat sebuah filem yang gah namun pengakhirannya terlalu singkat dan tidak ada apa-apa rasa daripada sekadar bercerita.

Entah kenapa, aku lihat filem ini seakan drama yang dibikin segera. idak mempunyai visual yang begitu memukau seperti filem MCU lain, seakan-akan tidak cuba memberikan sesuatu nafas baru bagi sesebuah filem MCU dan membuatkan sesuatu perkara yang lebih memukau. Dan pada aku, Wonder Woman lebih memenangi hati aku berbanding filem ini.

Pada aku, Captain Marvel ialah sebuah filem MCU biasa. Tidak hebat mana. Tapi, cukup untuk sekadar dibikin untuk melengkapkan MCU. Filem ini sama tarafnya dengan Thor, dan Ant-man and the Wasp. Gagal untuk menyerlah mungkin atas beberapa faktor. Tetapi, walaupun filem ni tidak menarik, ianya tetap akan ditonton kerana ianya berada dalam sebuah dunia filem yang besar dan dikenali.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan