Ulasan Filem: Alita Battle Angel - Battle Angel (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Robert Rodriguez
Pelakon | Rosa Salazar, Keean Johnson, Christoph Waltz

Adalah amat pelik apabila melihat seorang pengarah yang mempunyai pengarahan yang berentak ganas dan juga terkenal dengan filem ala-ala Mexico mengambil tugas seorang pengarah berjiwa besar yang sentiasa merevolusikan sinema. Sesuatu yang begitu segar gabungannya, sekaligus berjaya membuatkan filem yang dihasilkan di luar kotak pemikiran seorang penggemar filem Desperado.

Alita: Battle Angel ialah sebuah filem aksi futuristik yang mana beradaptasi daripada manga Jepun tulisan Yukito Kishiro. Diarahkan oleh Robert Rodriguez daripada lakonlayar tulisan James Cameron, Alita: Battle Angel pada aku bermula dengan ekspektasi yang agak rendah. Aku sebenarnya tak berapa yakin gaya Robert Rodriguez mampu menarik penonton seperti aku untuk menggemari filem sebegini.

Robert Rodriguez kelihatan beralih secara total. Lari jauh konsep dan gayanya sepertimana yang kita sering tonton dalam naskah Sin City. Malah, tidak ada lagi gaya mexiconya yang sering kita tonton dalam filem Machete mahupun Spy Kids. Terlalu sukar untuk menjangkakan pengarah ini berjaya membawa sebuah imaginasi pengarah hebat ke arah yang sepatutnya dan tidak menjadi seperti filem peribadinya yang tersendiri.

Filem ini menggabungkan beberapa elemen yang menjadikan ianya sebuah filem yang sangat mengkhayalkan. Elemen permainan futuristik ditambah dengan elemen memori lost, dendam lama dan juga yang paling unik, tentang cinta manusia dan robot. Dan akhirnya, ianya tak ubah seperti sebuah filem Titanic masa depan dengan jiwa robot.

Filem ini tidak dipenuhi dengan aksi yang amat padat. Namun, menonton Rosa Salazar yang mana wajahnya diCGIkan untuk memenuhi kriteria watak Alita begitu membuatkan kita sentiasa menunggu sehingga akhir. Alita bukan sahaja sekadar angel di mata watak dunianya tetapi juga di mata penonton manusia yang menontonnya.

Robert Rodriguez berjaya membuatkan para penonton ternanti-nanti apa yang akan terjadi kepada setiap watak yang diciptakannya. Selagi Alita: Battle Angel tidak dihabiskan tontonannya, maka persoalan demi persoalan akan sentiasa tercipta. Aku boleh katakan bahawa penceritaannya begitu tegang dan kadangkala sukar dijangka.

Tidak dinafikan bahawa kerja buat CGI dalam filem ini begitu menakjubkan. Robert Rodriguez berjaya membina dunia seakan-akan kita melihat filem Distict 9 namun kali ini dengan warna yang lebih meriah dan juga ceria. Kadangkala, ianya juga meningatkan kita kepada dunia ciptaan Ridley Scott dalam filem Ready Player One!

Babak pertarungan dalam filem ini memang agak ganas. Itu kepuasanlah bagi penonton jika korang ialah penonton dewasa. Setiap adegan aksi juga dikoreografi dengan kemas. Namun, semestinya antara adegan aksi paling tegang yang aku gemari dalam filem ini ialah perlumbaan akhir yang membawa kepada huru hara.

Pada aku, sebagai peminat aksi, walaupun bukan pembaca manga Alita, filem ni mampu memuaskan khalayak penonton yang mahukan sebuah filem aksi dengan CGI sempurna, cerita yang penuh dengan ketengangan, dan juga aksi yang begitu sesak nafas. Menonton Alita juga seperti menonton sebuah jiwa baru Robert Rodriguez selepas melihat uniknya dia mengadaptasi Sin City!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan