'The Suicide Squad' Ialah Reboot Penuh, Tidak Ada Kaitan Dengan Filem Sebelumnya

Penerbit filem DCEU, Peter Safran menyatakan bahawa filem 'The Suicide Squad' ialah filem reboot penuh dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan filem arahan David Ayer sebelum ini. Perkara ini didedahkan dalam satu temubual bersama Joblo untuk mempromosikan filem terbaru dalam dunia DCEU iaitu Shazam.


Terdahulu, Suicide Squad arahan David Ayer mendapat kritikan kurang memberansangkan daripada pengkritik filem sekaligus menyebabkan pihak DCEU memilih untuk reboot filem berkenaan dengan James Gunn menggantikan David Ayer yang tidak mahu lagi kembali mengarahkan sekuel filem berkenaan.
First of all, we don’t call it Suicide Squad 2 ‘cause it’s a total reboot, so it’s The Suicide Squad and I think people should be extremely excited about it. It’s everything you would hope from a James Gunn script and I think that says a lot and that promises a lot and I know that we will deliver a lot.

Walaupun tidak mempunyai kaitan langsung dengan filem pertama, The Suicide Squad pastinya akan memberikan rasa baru apabila James Gunn yang sebelum ini mengarahkan filem Marvel Cinematic Universe bakal menumpahkan ilmu dalam membantu menaikkan filem DCEU. Adakah James Gunn akan membunuh kesemua watak Suicide Squad asal sebelum membina watak baru yang berada di dalam fikirannya? 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan