'The Curse of La Llorona' Kini Sah Sebagai Sebahagian Daripada Universe Filem 'The Conjuring'


Nampaknya, agak mengejutkan apabila filem terbaru terbitan James Wan dan diarahkan oleh Michael Chaves, The Curse of La Llorona menjadi sebahagian daripada filem dunia The Conjuring. Filem yang dipromosikan secara stand alone ini tidak mempunyai kaitan dengan filem yang mempunyai watak pasangan Warren, Valak mahupun Annabelle, tetapi masih dalam dunia yang sama.



The Curse of La Llonora mengisahkan seorang wanita bernama Anna Garcia pada tahun 1970an yang mana dinaggu oleh entiti yang dikenali sebagai La Llorona. Entiti yang mahukan anaknya itu menjadikan Anna terpaksa berusaha untuk mengelakkan entiti itu daripada mendapatkan apa yang dia mahu.

Melalui satu ulasan daripada Meagan Navvaro, didapati bahawa terdapat satu watak bernama Father Perez yang mana muncul dalam filem Annabelle. Watak ini menyatakan yang dia pernah terlibat dalam kes patung yang dirasuk sekaligus menjadikan filem ini berada di dalam timeline rasmi filem dunia The Conjuring. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan