Tak Sabar! KRU Studio Cari Superhero Baru Untuk Difilemkan?

Presiden dan CEO KRU Entertainment, Norman Abdul Halim kini sedang mencari superhero Malaysia yang boleh diterbitkan oleh syarikat penerbitannya. KRU Studios sebelum ini terkenal kerana memperkenalkan filem superhero Malaysia, Cicakman yang dilakonkan oleh Saiful Apek dan juga Zizan Razak.


Di laman Instagram Norman Abdul Halim, status ini dimuat naik.


Nampaknya, ada harapan untuk kita melihat KRU Studios menerbitkan filem superhero baru. Dengan kerancakan filem MCU dan DCEU yang menjadi fenomena dunia, sudah semestinya industri perfileman tempatan tidak mahu ketinggalan untuk mencipta superhero kita yang menjadi identiti negara. 

Catat Ulasan

0 Ulasan