Sekuel 'The Last Knight' Dilaporkan Sedang Dihasilkan Serentak Dengan Sekuel 'Bumblebee'


Sekuel filem Transformers: The Last Knight dilaporkan dalam perancangan serentak dengan sekuel filem Bumblebee. Filem The Last Knight ialah filem terakhir dalam siri francais Transformers sebelum filem spin-off Bumblebee dihasilkan untuk memberi nafas baru kepada francais filem berkenaan. 


Bercakap kepada Cinema, penerbit filem Transformers, Bonaventura mengesahkan bahawa sekuel kepada filem Bumblebee kini dalam perbincangan. Malah, dia juga mendedahkan bahawa sekuel kepada filem dalam dunia Transformers ciptaan Michael Bay turut juga sedang dalam pembikinan. 

Mungkinkah filem Transformers selepas The Last Knight bakal mereboot dunia filem Transformers ciptaan Michael Bay dan memperkenalkan timeline baru untuk francais berkenaan? Buat masa ini, kita masih belum tahu bagaimana dunia filem Bumblebee bakal bersatu dengan francais asal Transformers.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan