TRENDING

Ulasan Filem: Dolemite Is My Name (2019)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

'Forrest Gump' Bakal Diadaptasi Secara Sah Oleh Bollywood, Aamir Khan Pegang Watak Utama


Filem Forrest Gump yang diarahkan oleh Robert Zemeckis pada tahun 1994 bakal dihasilkan semula dalam versi Hindi dengan pelakon Aamir Khan yang bakal memegang watak utama. Filem Forrest Gump mendapat tempat di hati penonton apabila berjaya mengutip USD700 juta daripada bajet filem sebanyak USD55 juta.


Bollywood akan mengadaptasi filem ini secara sah dan telah membeli hak cipta filem ini daripada penerbitnya. Filem tersebut diberi tajuk Lal Singh Chadha yang mana bakal diarahkan oleh Advait Chandan yang mana pernah mengarahkan Aamir Khan untuk filem Secret Superstar.

Industri perfileman Bollywood yang menjadi penerbit filem terbanyak di dunia dengan lebih kurang 2000 filem dihasilkan setahun kini sudah ke arah mengadaptasi filem luar dengan cara sah. Tidak seperti di era 90an, filem blockbuster luar ditiru tanpa izin dan begitu memalukan industri itu sendiri. 

Selain Forrest Gump, beberapa filem Hollywood yang bakal menerima remake versi Bollywood ialah Reservoir Dogs, Mrs Doubtfire, The Silence of the Lambs dan A Few Good Men. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Shah Rukh Khan Layan Peminat Transgender Sampai Berpeluk Sakan!

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Azhan Rani Kongsi Siapa Sebenarnya Pelacur RM30 Yang Buat Penonton Geram

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Sekuel J Revolusi Dapat Tajuk Rasmi, Pencarian Bakat Dimulakan

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?