Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Dan Gilroy
Pelakon | Jake Gyllenhaal, Natalia Dyer, John Malkovich

Adalah amat pelik apabila filem berkaitan seni bercampur dengan elemen seram ala-ala Final Destination. Seperti itulah filem Velvet Buzzsaw bergerak. Ianya seakan-akan nasi campur yang rasanya sukar digambarkan. Nak kata enak sangat tu, taklah, nak kata tak sedap pula, tak juga. Satu rasa yang pelik. Campuran kreativiti dan seram.

FIlem Netflix, nak kata apa lagi, kualitinya memang tak boleh nak diharapkan setinggi filem pawagam. Kecualilah Netflix beli hak pengedaran sesuatu filem, itu lain kira. Velvet Buzzsaw tidak senasib dengan Birdbox yang mencetuskan fenomena walaupun filemnya tak seberapa. Namun, bagi pelanggan Netflix, filem ni perlu dilayan, walaupun nak habiskan tu memakan masa.

Velvet Buzzsaw menggandingkan pelakon ternama. Itu memang antara pancing yang cukup baik. Dengan gabungan pelakon hebat seperti Jake Gyllenhall, Rene Russo, dan juga John Malkovich, filem ni sudah memberikan aura gred Anya, walaupun filem ni tak adalah terlalu baik dan terlalu buruk.

Jack Gyllenhall melakonkan watak seorang pakar kritik seni yang mana mempunyai kritikan yang sentiasa tajam. Namun, dek kerana sebuah lukisan seni yang dipamerkan tanpa izin, karya seni itu kini memburu sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan ke atas lukisan itu untuk kepentingan diri sendiri.

Apa yang menarik dalam filem ni semestinya ialah babak pembunuhan. Kalau korang layan Final Destination, gaya pembunuhan dalam filem ni pun lebih kurang filem tu lah juga. Cuma kali ini, ianya lukisan yang membunuh. Bayangkan lukisan yang sentiasa pegun boleh membunuh dan menjadi malaikat maut. Seram woh!

Walaupun pembunuhan itu unik dan begitu menarik, persembahan horror untuk filem ni separuh masak. Tiada adegan cemas yang betul-betul cemas. Malah, tiada jumpscare yang betul-betul jumpscare. Sedikit kecewa di situ apabila elemen thriller dan cemasnya tidak dibikin dengan baik untuk menjadikan filem ni lebih hebat.

Malah, filem ini kelihatan terumbang ambing untuk bercakap tentang apa yang nak dicakapkan. Aku tak nampak elemen horrornya, dan aku tak nampak apa yang sebenarnya nak diceritakan melainkan sebuah filem tentang seni yang membunuh. Namun, di satu sisi yang lain, Velvet Buzzsaw tidaklah teruk.

Lakonan Jake Gyllenhall tidak dinafikan memberikan lakonannya yang terbaik. Malah, wataknya sememangnya unik dan tidak pernah lagi disaksikan sepanjang karier lakonannya. Watak yang agak berani dan juga luar kotak.

Sejujurnya, aku sebenarnya agak kurang menyukai filem ni. Untuk sebuah filem Netflix, filem ni berada di tahap filem boleh layan. Namun, masih lagi sebuah filem yang tidak terlalu baik dan tidak terlalu buruk. Ianya sebuah filem ala-ala Final Destination yang mana menukarkan malaikat maut menjadi seni yang berbahaya.

Senang cerita, filem ni nak cakap yang kita kena hati-hati dengan apa yang kita buat. Nak kutuk orang pun, jangan sampai kutuk dan last-last kena diri sendiri balik.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan