Sylvester Stallone Dedah Tajuk Filem Ketiga Siri Filem 'Escape Plan'


Pelakon aksi, Sylvester Stallone kini telah mendedahkan tajuk filem ketiga Escape Plan. Filem yang mana menggandingkan pelakon aksi Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzennegger ditayangkan pada tahun 2013. Ianya mungkin filem aksi biasa, namun, gandingan dua pelakon aksi ini menjadikan filem tersebut unik.


Walaupun mendapat kutipan yang kurang memberansangkan di Amerika Syarikat, Escape Plan terus menerbitkan sekuelnya pada tahun 2018. Filem sekuel yang diterbitkan tanpa kehadiran Arnold Schwarzennegger menampilkan Dave Bautista sebagai watak baru. Filem sekuel itu, yang diberi tajuk Hades mendapat reaksi negatif penonton.

Kritikan negatif tidak menghalang sekuel filem ini diterbitkan. Filem ketiga sudah diumumkan selepas Escape Plan 2 selesai menjalani penggambaran. Kini, selepas berteka teki tentang tajuk filem itu, Stallone mendedahkan bahawa filem ketiga Escape Plan akan dikenali sebagai The Extractors: Escape Plan.

Sylvester Stallone mendedahkan yang filem tersebut akan tiba dalam masa terdekat. Namun, dia tidaklah mendedahkan tarikh sebenar filem tersbut akan ditayangkan. Sementara itu, pelakon itu juga sibuk dengan filem Rambo 5 yang bakal terbit tahun ini dan juga The Expendables 4 yang bakal memulakan penggambaran dalam tahun ini juga. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan