Shah Rukh Khan Ditawarkan Watak Mafia Pasir Dalam 'Inspector Ghalib'

Pengarah Madhur Bhandarkar mengumumkan bahawa dia akan kembali ke kerusi pengarah dalam filem Inspector Ghalib. Filem tersebut diinspirasikan daripada kisah benar mafia pasir di Uttar Pradesh namun akan difiksyenkan menjadi lebih hebat.


Pelakon Shah Rukh Khan sudah ditawarkan watak utama filem tersebut. Pengarah filem, Madhur Bandarkar sudah membentangkan kisah yang bakal difilemkan dengan membaca skrip di hadapan pelakon tersebut.


Buat masa ini, tidak ada pengesahan sama ada pelakon A list itu bakal menerima tawaran itu. Namun, pelakon itu berpuas hati dengan skrip tersebut. Buat masa ini, Inspector Ghalib masih lagi di tahap perancangan dan penghasilan skrip.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan