Penonton Tak Perlu Tonton Filem Sebelumnya Untuk Layan Sekuel Filem 'Avatar'

Penerbit filem Avatar, Jon Landau menyatakan bahawa penonton tak perlu untuk tonton filem pertama atau sebelumnya untuk menonton sekuel kerana setiap sekuel mempunyai kisah yang berbeza dan boleh berdiri dengan sendiri. Avatar kini dalam proses penghasilan sekuel di bawah arahan pengarah James Cameron.


Dalam satu temubual bersama Collider, penerbit Avatar, Jon Landau menyatakan berikut: 
Each movie is a standalone movie that we would wanna go see. You don’t need to have seen the first Avatar to see Avatar 2. It sits there and we’re gonna take people on a visual and an emotional journey that comes to its own conclusion. Okay, step back. Is that a movie we would wanna make just as a standalone story? Yes. Now we do the same thing on Movie 3, Movie 4, and Movie 5. What we have the luxury of on Avatar is the world of Pandora. We get to keep it there but everything can be new, we’re not treading new ground.
Langkah ini kelihatan amat bijak apabila filem sekuel Avatar akan diterbitkan selepas 11 tahun filem pertama. Semestinya ramai yang sudah tidak mengingati filem pertama dan menonton filem pertama kembali pasti memerlukan masa. 

Buat masa ini, James Cameron masih lagi sibuk dengan projek sekuel Avatar. Dan semua maklumat tentang sinopsis dan juga apa yang bakal diceritakan dalam Avatar 2 dan 3 masih lagi kekal rahsia sehingga tiba masanya. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan