Pengguna Twitter Dakwa 'Misteri Dilaila' Tiru Filem Tamil Terbitan Tahun 1964

Seorang pengguna akaun Twitter mendakwa bahawa filem Misteri Dilaila adalah sebuah filem remake daripada filem Tamil yang diterbitkan pada tahun 1964. Misteri Dilaila ialah sebuah filem terbaru yang mengisahkan bagaimana Jefry yang kehilangan Dilaila ketika bercuti di Bukit Fraser. Filem tersebut juga mencetuskan hype yang berbeza apabila disajikan dengan dua ending. 




Siasatan di Wikipedia mendapati bahawa plot Puthiya Paravai dan Misteri Dilaila ada persamaan cuma bezanya, filem ini tidak mempunyai elemen horror. Puthiya Paravai mengisahkan Gopal, seorang ahli bisnes yang sedang ke Singapura. Dia bertemu dengan seorang gadis, Latha. Gopal menceritakan tentang kematian isterinya, Chitra.

Selepas berkahwin dengan Latha, seorang wanita muncul dalam hidupnya dan menyatakan bahawa dia ialah Chitra. Seperti Misteri Dilaila, Gopal menyatakan bahawa Chitra yang muncul itu bukan isterinya. Filem ini juga mempunyai watak seorang pakcik yang menemani Chitra ketika menemui Gopal, dan watak angota polis bernama Kumar.

Twist akhir filem ini mendedahkan satu permainan sepertimana ending filem Misteri Dilaila versi 1 dimana kesemua watak-watak sedang dalam lakonan untuk menangkap pembunuh kepada isteri Gopal yang sebenar.

Adakah semua ini kebetulan? Misteri Dilaila kini di pawagam.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan