Panduan Umur Tontonan Untuk Setiap Filem Marvel Cinematic Universe Bagi Kanak-kanak


Filem Marvel Cinematic Universe sememangnya digemari oleh kanak-kanak. Namun, tak semua filem MCU sesuai untuk tontonan mereka. Sesetengah filem adalah sedikit abstrak dari segi penceritaannya dan sukar difahami oleh kanak-kanak. Malah, beberapa filem MCU juga mempunyai adegan cium yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak.


Walaupun filem MCU suci daripada adegan seksual yang keterlaluan, MCU masih mempunyai formula yang memaparkan unsur keganasan. Ya, kalau korang tak nak superhero bergasak, korang layan je animasi Pixar. Keganasan dan juga superhero tidak dapat dipisahkan. Tidak seperti komik yang mana unsur ganasnya lebih, skala keganasan filem MCU masih berada di tahap PG 13. 

Jadi, di sini, dicadangkan beberapa filem MCU yang sesuai untuk umur kanak-kanak. 

Umur 7 hingga 10 tahun

Ant-man : Filem yang ringan dan memang sesuai untuk kanak-kanak. Idea dan tema filem ini memang sesuai untuk mewujudkan elemen yang membentuk pemikiran kanak-kanak. Idea tentang penaklukan dunia dikisahkan dalam gaya yang mudah dan senang difahami.

Guardians of the Galaxy Vol 1 & 2 : Dua filem ini mungkin sedikit moden namun masih sesuai untuk golongan kanak-kanak. Filem ini tidak terlalu serius dan amat ringan. Kanak-kanak pasti menggemari Groot dan ibu bapa pula bakal menggemari runut bunyinya.

Thor: Ragnarok : Kanak-kanak mungkin gagal untuk memahami ironi dari filem ini. Namun, dengan paparan dua kumpulan superhero berlawan antara satu sama lain, pastinya kanak-kanak terhibur untuk menontonnya.

Spiderman: Homecoming : Filem penceritaan semula kisah Spider-man ini amat sesuai untuk kanak-kanak. Temanya merentas masa dan sentiasa sesuai pada bila bila masa walaupun kisah utamanya berkisah tentang penjual senjata haram.

Iron Man : Filem ini sebuah filem yang berkisar tentang Tony Stark. Walaupun Tony Stark kaki perempuan, filem ini tetap sesuai untuk dilayan untuk seisi keluarga.

Thor : Kisah tentang tuhan dan dunia bumi. Filem yang begitu sesuai dengan kanak-kanak kerana plotnya mudah. Malah, adegan pertempurannya juga banyak dan juga tidak ketinggalan mesejnya yang menarik.


Doctor Strange : Walaupun tema tentang doktor yang bercampur dengan kisah mistik, perjalanan menuju kebaikan dan juga elemen perubatan yang sedikit berat untuk kanak-kanak, filem ni masih boleh membuatkan kanak-kanak bercita cita tinggi.

Umur 10 hingga 13 tahun

The Avengers : Filem ini penuh dengan babak yang menegangkan sekaligus tidak sesuai untuk kanak-kanak kurang 10 tahun. Aksinya agak lasak dan mungkin tidak sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak di bawah 10 tahun.

Captain America: The First Avenger : Walaupun filem ini berkisah tentang kisah Perang Dunia Kedua, elemen Nazi yang dipaparkan mungkin sedikit mengganggu untuk kanak-kanak kecil. 

Black Panther : Temanya penuh dengan keganasan dan memang tak sesuai untuk kanak-kanak umur kurang 10 tahun. 

Avengers: Age of Ultron : Aksi skala besar dalam filem ni dipenuhi dengan keganasan yang agak kurang sesuai dengan kanak-kanak yang terlalu kecil. 

Iron Man 2 : Iron Man 2 memaparkan elemen alkohol yang lebih dalam daripada filem Iron Man. Jadi, mungkin lebih baik elakkan filem ini untuk kanak-kanak yang terlalu kecil.

Iron Man 3 : Filem ketiga Iron Man pula lebih dark daripada segi tema. Semestinya tema ini agak gagal difahami kanak-kanak yang masih tidak mampu berfikir.


Ant-man and the Wasp : Elemen sains fiksyen filem ini mungkin sukar untuk difahami. Namun, tema filem ini masih tidak lari daripada pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak yang memahami.

Umur 13 tahun ke atas

The Incredible Hulk : Filem ini mempunyai elemen keganasan dan juga aksi yang lebih ganas. Jadi, tak sesuailah ditonton kecuali dengan keluarga.


Captain America: The Winter Soldier : Filem ini mempunyai adegan kissing dan juga kisah berkaitan dengan kerajaan Amerika yang mungkin sukar difahami oleh penonton yang masih belum matang fikirannya.

Captain America: Civil War : Tema pergaduhan antara filem superhero yang sedikit kompleks untuk kanak-kanak. 

Thor: The Dark World : Filem aksi ini mungkin sesuai untuk remaja dewasa yang lebih memahami konsep dengan jelas. 

Avengers: Infinity War : Boleh dikatakan bahawa filem ini memerlukan pemahaman tentang background superhero untuk memahaminya dengan jelas. Jadi, hanya budak lebih dari 13 tahun sahaja yang mampu untuk memahami dan menghargai filem ini. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan