Menyeramkan! Lihat Keadaan Sebelum Villa Penggambaran 'Misteri Dilaila' Diubahsuai!

Bagi korang yang menonton filem Misteri Dilaila, sudah tentu korang terpesona dengan interior rumah yang dijadikan set penggambaran filem berkenaan. Filem yang menjalani penggambaran di Fraser Hill tersebut sebenarnya memerlukan usaha keras daripada team produksi apabila mereka terpaksa mencorakkan interior sebuah rumah untuk set penggambaran.

Sebuah akaun Twitter, Faizal Noar mendedahkan rupa keadaan asal rumah dan selepas ianya dihias bagi menepati tema.
Hiasan dalaman ini dibuat dalam masa dua minggu sebelum penggambaran. Kelihatan begitu kemas sehinggakan kita merasakan bahawa penggambaran tersebut dilakukan di Hotel, bukan?





Misteri Dilaila kini di pawagam!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan