Jackie Chan Bakal Jalani Penggambaran Filem 'Vanguard' Di Dubai


Jackie Chan dikhabarkan akan kembali ke Dubai untuk penggambaran filem terbarunya, Vanguard. Filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2020 ini bakal mengandingkan pengarah filem Kung Fu Yoga, Stanley Tong dan Jackie Chan buat sekali lagi. Sebelum ini, Stanley Tong dan Jackie Chan pernah bekerjasama dalam Kung Fu Yoga pada tahun 2015.


Ini ialah kali keenam Stanley Tong mengarahkan Jackie Chan. Pengarah itu juga terkenal kerana filem Police Story 3 yang turut diarahkannya. 

Vanguard akan menjalani penggambaran di London, Taiwan dan India. Filem Vanguard ialah sebahagian daripada perjanjian antara industri perfileman China dan India untuk kerjasama filem. Sebelum ini, filem seperti The Myth dan Kung Fu Yoga ialah sebahagian filem yang diterbitkan hasil dari kerjasama itu.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan