Hasbro Sahkan Filem 'Bumblebee' Ialah Reboot Kepada Dunia Filem Transformers Terdahulu


Hasbro mengesahkan yang filem Bumblebee merupakan filem permulaan baru kepada dunia sinematik filem Transformers. Pengesahan ini akhirnya menyelesaikan kemelut di hati para peminat filem sama ada filem Bumblebee yang diterbitkan pada tahun 2018 ini merupakan sekuel kepada Transformers arahan Michael Bay atau reboot.


Sebelum ini, francais Transformers dimonopoli Michael Bay yang mana memulakan filem pertama Transformers pada tahun 2007. Filem terakhir Transformers, The Last Knight gagal mendapat kutipan memberansangkan sekaligus menyebabkan Michael Bay mengundur diri. Selepas pengunduran itu, Hasbro membuat filem Bumblebee yang mendapat pujian.

Walaupun kutipan Bumblebee tidaklah memberansangkan, Hasbro yakin bahawa filem tersebut mampu membina universe filem Transformers ke arah yang baru dan segar. Buat masa ini, tiada lagi kelihatan perancangan baru untuk dunia Transformers terbaru. Namun, pastinya menunggu filem francais Transformers akan datang akan lebih menyeronokkan.

Masa depan francais Transformers masih samar-samar. Namun, mungkin Bumblebee merupakan permulaan kepada universe Transformers yang lebih cerah. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan