Gwyneth Paltrow Bakal Bersara Dari Filem MCU Selepas 'Avengers: Endgame'


Pelakon Gwyneth Paltrow menyatakan bahawa dia akan bersara dari filem Marvel Cinematic Universe selepas filem Avengers: Endgame. Pelakon yang sudah berlakon lebih lima kali dalam filem MCU itu menyatakan bahawa Avengers: Endgame mungkin filem lakonannya yang terakhir. Endgame merupakan filem kesinambungan Infinity War yang bakal ditayangkan tahun ini.


Bercakap kepada Variety, pelakon itu menyatakan tentang perancangannya untuk bersara dari filem MCU selepas filem Endgame. Namun, jika dia masih diperlukan di dalam filem MCU, dia masih bersedia untuk melakonkan wataknya lagi.
I mean, I’m a bit old to be in a suit and all that at this point. I feel very lucky that I did it, because I actually got talked into it. I was friend with [Iron Man director] Jon Favreau. It was such a wonderful experience making the first Iron Man and then to watch how important it has become to fans. I feel honored to be a part of something that people are so passionate about. Of course, if they said, ‘Can you come back for a day?,’ I will always be there if they need me.
Jika pelakon ini bakal meninggalkan filem MCU, apakah nasib kisah wataknya dan hubungannya dengan watak Tony Stark? Dengan mengandaikan bahawa Iron Man bukan lagi watak superhero yang bakal menjadi keutamaan dalam filem MCU fasa 3 nanti, adalah wajar apabila beberapa lagi watak akan mengundurkan diri dan memberi laluan kepada watak-watak baru.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan