Vin Diesel Umum Spin-off Watak Wanita 'Fast and Furious' Bakal Dihasilkan



Francais Fast & Furious kini akan berkembang lagi dengan filem spin-off terbarunya yang mana melibatkan watak wanita filem berkenaan. Perkara ini diumumkan oleh Vin Diesel di laman Instagramnya dengan menyatakan bahawa projek tersebut kini sudah dibincangkan dengan Universal Pictures untuk pembikinan.




Vin Diesel juga turut mengumumkan bahawa spin-off tersebut akan melibatkan penulis lakonlayar yang pernah terlibat dengan filem MCU seperti Nicole Perlman (Captain Marvel, Black Widow), Lindsey Beer (Silver Sable) dan Geneva Robertson-Dworet (Captain Marvel, Silver Sable). Filem ini akan diarahkan oleh David Leitch.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan