Ulasan Filem: Take Point (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Kim Byung-woo
Pelakon | Ha Jung-woo, Lee Sun Gyun, Jennifer Ehle

Dalam pasca filem Paskal yang mengubah persepsi penonton terhadap dunia filem militari, penonton sudah mula nampak bahawa filem aksi bersifat sebegini memberi kepuasan yang agak luar biasa. Bollywood tampil dengan Uri, Hollywood tak perlu sebutlah, mereka raja. Dan tidak ketinggalan juga, Korea Selatan juga menerbitkan filem military fiksyen diorang, Take Point.

Take Point ialah tajuk yang digunakan untuk edaran antarabangsa. Filem ini bertajuk asal PMC: The Bunker (PMC ialah Private Military Company). Ditayangkan di Malaysia bermula 10 Januari, filem ini sebenarnya sudah menjengah pawagam negara mereka semenjak 26 Disember 2018 yang lepas.

Sebagai penonton di Malaysia, aku rasakan filem ni memang lari habis dari filem aksi Korea yang ada. Memang ianya sebuah filem yang penuh dengan visual yang sangat menarik dan luar biasa. Dan paling hebat, filem ni menampilkan beberapa karakter dari negara luar yang mana menjadikan filem ni lebih bervariasi.

Kisah Take Point berkisar pada tahun 2024 di ambang pilihanraya di US. Ahab dan pasukannya diamanahkan oleh CIA untuk menculik presiden Korea Utara yang mana akan bertemu di sebuah bunker bawah tanah. Namun, apa yang menjadi misi mudah akhirnya membawa kepada sebuah misi untuk menyelamatkan diri apabila mereka terperangkap di terowongan dengan perancangan di luar kawalan.

Filem ni memang bersifat politikal. Ada unsur-unsur keberanian dalam menyampaikan masa depan politik Korea dan US. Namun, apa yang menarik, filem ni menyampaikan mesej bahawa Korea Utara dan Korea Selatan boleh bersatu untuk menumpaskan penjenayah yang sebenar. Ianya menjadi pemberatan penting yang sangat menarik untuk ditonton kerana di dunia sebenar, kita melihat pembahagi kepada Korea Utara dan Selatan.

Aku cukup puas hati dengan kerja kamera filem ni. Ada gaya seakan kerja kamera filem Bourne. Namun, yang paling menarik ialah visual yang dipaparkan daripada kamera yang bergerak seakan bebola yang boleh melekat di mana-mana. Memang ianya menjadi hebat dan unik apabila visual tersebut dipadankan dengan aksi lasak yang begitu meremangkan.

Namun, aku tidak nafikan bahawa plotnya yang agak political dan memerlukan korang memahami background cerita dengan membaca subtitle sedikit meletihkan. Kadangkala, aku sedikit sukar untuk catch-up plot filem ni secara detail. Tetapi, basicnya, ianya tetap sebuah filem tentang pasukan militari yang terperangkap dalam satu komplot.

Aku juga sedikit kecewa apabila watak utama hanya berada di dalam bilik mandi dan menjaga presiden korea hampir separuh masa kedua movie. Namun, dengan kekuatan visual yang mampu membawa kisah di luar bilik mandi dengan sangat saspen, aku maafkan je. Really hope that main character lebih beraksi hebat dari sekadar menonton di bilik mandi.

Aksi menembak dalam filem ni tak dinafikan memang hebat. Tembak menembak tanpa henti dan juga saspen yang tidak terduga, Take Point memang boleh dikatakan antara filem militari Korea Selatan yang agak luar biasa. Kesan bunyi, kesan khas, dan juga editing yang cukup perencah untuk sebuah filem aksi.

Plotnya mungkin agak memeningkan sikit jika gagal membaca subtitle dengan baik. Namun, aksi filem ni tidak dinafikan menjadi pengubat. Take Point berjaya memberi nafas baru dalam visual filem aksi Korea Selatan. Take Point memang sebuah filem aksi yang puas hati. Action packed dan juga penuh dengan trill yang bersepah!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan