Ulasan Filem: Polar (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jonas Akerlund
Pelakon | Mads Mikkelsen, Vanessa Hudgens, Katherine Winnick

Netflix nampaknya tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan filem bergenre aksi lasak seperti John Wick. Lantas, dengan itu diorang adaptasikan komik Polar untuk nak tunjukkan diorang pun mampu bikin filem sebegitu. Namun, adakah meter filem Polar boleh sampai ke tahap John Wick berada?

Jawapan aku, tak! Polar tak sampai pun tahap tu. Pada aku, Polar macam namanya. Kesejukan walaupun filem ni panas dengan darah. Ada semacam sesuatu semangat yang hilang dalam filem ini dan ianya tidak layak langsung dibandingkan dengan John Wick. Tetapi, ya, adalah sedikit gaya ala ala John Wick di sana sini, namun taklah hebat mana.

Polar ibarat sebuah filem yang menggandingkan irama filem Kick-ass dan juga saduran filem John Wick. Dua elemen ini lalu bertemu dan menghasilkan sebuah filem yang agak janggal tetapi boleh dikatakan boleh layan. Tak hebat mana, tetapi masih boleh diberi ruang untuk layan filem ni secara santai dan ringan.

Separuh masa pertama filem ini dihabiskan dengan drama yang penuh dengan komedi dan juga perjalana watak Duncan Vizla yang mahu bersara dari dunia assassin. Tak ada aksi lasak mana di separuh masa pertama, tetapi banyak elemen komedi, pembunuhan berdarah dan juga nudity yang agak banyak sahaja.

Di mana aksi ala-ala John Wicknya? Hmm.. hanyalah di fasa kedua filem. Dalam 40 minit sebelum filem tamat. Itupun ianya tidaklah sehebat aksi John Wick. Tapi, boleh dikatakan bahawa Mads Mikkelsen berjaya membawakan wataknya dengan baik sehinggakan aku mengingatinya sebagai watak villain dalam filem James Bond’s Casino Royale.

Filem ni jika dilihat dengan baik terbahagi kepada dua naratif. Satunya ialah plot tentang Duncan Vizla yang mahu bersara. Satu lagi pula ialah plot dimana beberapa orang pembunuh upahan ala-ala Suicide Squad yang sedang memburu Duncan atas arahan bosnya. Kedua-duanya berbeza tona penceritaan dimana satunya kelihatan sedikit serius dan satu lagi dipenuhi warna warni.

Namun, elemen yang bercampur aduk ini gagal untuk memberikan Polar sebuah nikmat yang terlalu memuaskan. Dengan idea yang mana sudah biasa kita tonton, Polar gagal untuk memberikan plot yang lebih fresh daripada sebuah plot recycle yang cuba untuk mandiri dengan kekuatannya yang tidak pernah ada.

Filem ini dipenuhi dengan aksi yang penuh dengan darah. Namun, aku sedikit kecewa apabila ending filem ini terlalu ringkas dan tidak memberi ruang untuk Duncan bertemu mata dengan bosnya dengan cara yang lebih hardcore. Sayang, penantian yang agak lama berakhir dengan penamat yang terlalu singkat.

Tidak dinafikan, beberapa babak komedi filem ni memang menjadi. Malah, babak Duncan di tadika dan menceritakan pengalamannya sebagai assassin begitu melucukan dan antara babak yang aku gemari. Malah, beberapa babak filem ni kelihatan agak kuat tetapi dilemahkan dengan beberapa babak yang agak kaku dan terlalu low class.

Kesimpulannya, Polar ialah Polar. No John Wick comparison ok! Jauh benar. Sekian!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan