TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Bird Box (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Susanne Bier
Pelakon | Sandra Bullock, Trevante Rhodes, John Malkovich

Kita dah ada A Quiet Place yang mana berkisar tentang deria bunyi. Kalau bersuara, mati! Dan sekarang, sepertinya Netflix tidak mahu ketinggalan untuk turut tampil dengan filem yang mempunyai kekuatan yang sama. Lantas mereka terbitkan adaptasi daripada novel tulisan Josh Malerman yang ditulis pada tahun 2014.

Lalu, diorang letakkan Sandra Bullock, pelakon yang cukup lejen sebagai pelakon utama. Standard dah kalau filem Netflix, akan diorang letak satu pelakon lejen dan di sekelilingnya ada pelakon yang biasa biasa. Oh, dalam filem ni turut ada John Malkovich yang tidak dinafikan mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Apa aku boleh katakan setelah selesai menonton filem ini ialah filem ini hanyalah sekadar filem Netflix. Dengan bajet yang mereka ada dan sebagai sebuah filem yang ditayangkan di platform streaming, Bird Box tidak ubah seperti filem gred B, yang mana selalunya untuk ditayangkan di dalam cakera Blu Ray.

Namun, aku akui yang Bird Box tidaklah lemah seperti filem apokalips Netflix lain seperti How It Ends yang entah apa apa endingnya, cuma aku rasakan bahawa Bird Box tidak sampai untuk sebuah filem yang mempunyai kick yang hebat. Ianya sekadar menghiburkan, mempunyai taraf cemasnya yang tersendiri dan juga watak yang tidak berapa nak masuk dengan situasi.

Plot Bird Box mengisahkan bagaimana satu entiti yang tidak diketahui mampu untuk membuatkan seorang itu membunuh diri selepas memandangnya. Jadi, nak mengelak, mereka perlu untuk tidak melihat. Jadi, siapa pun di dalam filem ini terpaksa menjadi buta. Dan kini, menjadi buta adalah satu satunya cara untuk selamat.

Plot filem yang unik. Namun, bagi yang sentiasa menonton filem Netflix, plot sebegini ialah rencah biasa bagi filem mereka. Ianya sebuah adventure yang hanya sekadar cukup sifat dan tidak gah. Namun begitu, mungkin kerana ramai penonton membandingkan filem ni dengan A Quiet Place, maka filem Bird Box jadi hebat dan ramai yang nak tonton.

Secara peribadi, aku dapati bahawa filem ni mempunyai permulaan yang menarik. Namun, perjalanan kisah ini di pertengahannya sedikit meleret. Kita melihat survival beberapa karakter di dalam rumah dan juga diselang seli dengan babak Malorie yang membawa anaknya ke tempat selamat. Namun, beberapa twist filem ni ialah ubat yang bagus untuk hilangkan sedikit rasa bosan.

Tidak dinafikan bahawa lakonan Sandra Bullock memang terbaik. Itu memang faktor aku menonton filem ni. Lakonan John Malkovich juga, walaupun tidaklah diserlahkan sebagai watak utama turut mencuri perhatian. Namun, aku sedikit kekok dengan hubungan cinta watak Malorie dengan Tp, ;alpmam Trevante Rhodes. Macam tak sesuai je.

Apapun, Bird Box berjaya bercerita tentang di sebalik kelemahan dan menjadi buta, sebenarnya ada juga kelebihan terhadap kekurangan yang dimiliki. Itu yang sebenarnya objektif utama kisah ini. Ianya sesuatu yang membuatkan aku berfikir sejenak dan membuatkan kita lebih respek kepada manusia yang kekurangan upaya.

Bird Box ialah filem yang biasa. Ianya semacam hidangan filem Netflix biasa, cuma adalah sedikit rencah yang buatkan filem ni sedikit sedap daripada filem terbitan mereka yang lain. Mungkin selepas ini Netflix perlu berfikir untuk terbitkan sebuah filem yang lebih gah dan punyai plot yang lebih kuat dan bertaraf movie musim panas.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

Negara Wakanda Diinspirasikan Daripada Malaysia! Ini Buktinya!

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Rupa Pelakon Baywatch Asal, Dahulu dan Sekarang

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Drive (2019)