Ulasan Filem: Bandersnatch (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | David Slade
Pelakon | Fionn Whitehead, Will Pouter, Alice Low

Filem yang bersifat interaktif selalunya jarang diperkatakan. Ianya mungkin masa depan kepada sinema dan penontonan filem, namun ianya bukanlah perkara baru. Filem interaktif sudah ada sejak lama, korang google sendiri. Namun, dengan hadirnya Bandersnatch, khalayak penonton jadi terdidik dan teruja dengan genre ini yang sedikit seperti permainan video.

Dalam satu filem panjang dari siri Black Mirror ini, sebagai penonton, kita diberi pilihan untuk mengawal watak utamanya, Stefan Butler lakonan Fionn Whitehead yang mana sedang cuba untuk mengadaptasi sebuah buku interaktif sekitar tahun 1984. Di dalam dunia Stefan, kita ada beberapa watak lain.

Nampak macam biasa. Tapi, kita sebagai penonton akan mempunyai peluang untuk membuat pilihan utuk Stefan. Antara pilihan yang menarik untuk dipilih ialah sama ada menerima atau menolak, memilih perilaku dan juga apa yang Stefan akan buat. Setiap pilihan kita akan membawa kepada naratif baru dan mempunyai pengakhiran yang berlainan.

Bagi yang sudah biasa menonton siri Black Mirror yang berada di Netflix, Bandersnatch mempunyai penceritaan yang lebih kurang sahaja dengan sirinya terdahulu. Selain mempunyai durasi yang lebih panjang dan peluang untuk memilih naratif, Bandersnatch juga ibarat sebuah parodi dan juga penuh dengan easter egg dari sirinya.

Sebagai penggemar siri Black Mirror, filem Bandersnatch ialah sebuah filem yang menjangkau akal. Ianya ialah satu pengalaman yang menyeronokkan. Adalah amat menarik sekali apabila setiap pilihan tidaklah mempunyai lagging ataupun menyebabkan pause yang lama. Apabila kita buat pilihan, terus sahaja filem akan berjalan seperti biasa dan tidak tersekat langsung.

Bandersnatch berjaya menggabungkan elemen komedi, sains fiksyen dan juga seram dalam satu filem yang sama. Ianya adalah sesuatu yang menarik apabila semuanya dihimpunkan dalam satu filem!

Dari sudut teknikal, filem ni memang terbaik. Namun, bagi yang dah biasa menonton filem dengan cara biasa, kadangkala kita rasa sedikit stress apabila terpaksa menonton filem ni beberapa kali untuk mengikut semua naratif yang ada. Jangan risau, cabang cabang naratif dalam filem ni tidaklah banyak, tetapi cukup untuk membuatkan korang ulang-ulang tonton.

Bandersnatch ialah sebuah filem yang sangat unik. Sayangnya, kalau korang layan filem ni dari pendownload haram, filem ni takdelah unik mana. Malah, jadi makin serabut nampaknya. Jadi, apa lagi, download aplikasi Netflix dan jadilah penentu hidup kepada karakter utamanya, Stefan Butler dan lihat lima endingnya yang mempunyai pelbagai gaya.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan