Ulasan Filem: The Ballad of Buster Scruggs (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Joel & Ethan Coen
Pelakon |  Tim Blake Nelson, Liam Neeson, James Franco

Dalam filem-filem Netflix yang mana boleh dikatakan banyak melepas batuk di tangga, ada satu dia filem mereka yang boleh menonjol. Antaranya ialah filem komedi drama koboi The Ballad of Buster Scruggs. Mungkin ramai yang nampak kurang yakin dengan filem ini, namun, jika korang ambik peluang untuk tonton, confirm korang tersangkut nak layan sampai habis.

Filem ini menampilkan enam filem pendek daripada pengarah adik beradik Coen. Diorang ialah pengarah kepada beberapa filem yang memenangi anugerah seperti No Country For Old Man (2007) dan juga Fargo (1991). Kesemuanya ialah himpunan idea yang dicantumkan dalam satu filem. Setiap satunya mempunyai nilai berbeza tetapi tema yang hampir sama.

Enam filem pendek ini tak kurang hebatnya apabila dihiasi dengan muka pelakon-pelakon hebat seperti Liam Neeson, James Franko dan juga Tim Blake Nelson. Memang semuanya mempunyai kekuatan masing-masing untuk membawa filem pendek mereka dalam gaya masing-masing.

Enam filem pendek dalam The Ballad of Buster Scruggs disampaikan seolah-olah kita membaca buku antologi. Filem ini bermula dengan filem utamanya, The Ballad of Buster Scruggs dan kemudiannya diikuti dengan beberapa kisah pendek lain yang turut dimuatkan di dalam ‘buku’ yang difilemkan dalam filem ni.

Antara filem pendek yang menarik perhatian ialah filem Near Algodones lakonan James Franco. Filem pendek ini adalah filem paling ringkas dalam file mini. Namun, ianya mempunyai pemikiran dan falsafah yang dalam dan cukup baik. Kisahnya mudah, tapi, cukup untuk mencipta jenaka dan buat kita berfikir.

Filem The Ballad of Buster Scruggs pula kelihatan seperti sebuah muzikal. Kita dibawa untuk terpesona dengan watak Buster Scruggs sehingga nasib malang menimpanya. Memang antara filem pendek paling best kerana ada elemen muzikal dan jenaka yang digaul sempurna.

Meal Ticket pula membuatkan kita berfikir tentang siapa kita di mata seseorang yang lebih berkuasa. Kisah ini lebih serius dimana ianya mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang tidak bertangan dan berkaki menjadi bahan untuk mengaut untung bagi seorang lelaki lain hanya untuk mendapat makanan untuk hidup. Endingnya betul betul tak disangka!

The Gal Who Got Rattled pula sedikit bosan pada pandangan peribadi. Tapi, oklah. Dan The Mortal Remains pula ialah filem pendek yang mencapai konklusi dalam dalam terhadap kelima filem yang ditayangkan sebelumnya.

Overall, The Ballad of Buster Scruggs adalah sebuah filem koboi yang berjaya menggabungkan elemen komedi gelap dan juga drama yang cukup baik untuk filem koboi. Dengan gaya persembahan yang cukup menarik, filem ni boleh dikatakan sebagai nafas baru untuk genre western yang sudah kita ketahui.

Terbaik!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan