Penggambaran 'Mission Impossible 7 Dan 8' Akan Dilaksanakan Serentak


Pengarah filem Mission Impossible: Fallout dan Rogue Nation, Christopher McQuarrie akan kembali untuk mengarahkan filem Mission Impossible 7 dan 8. Pengarah tersebut akan mengarahkan filem tersebut secara serentak walaupun dua filem tersebut akan ditayangkan selang setahun. Seperti biasa, Tom Cruise akan kembali melakonkan watak Ethan Hunt.


Variety melaporkan bahawa Christopher McQuarrie sedang menulis skrip untuk dua filem berkenaan kerana Tom Cruise masih sibuk dengan filem sekuel Top Gun: Maverick. Penggambaran serentak kedua dua filem tersebut akan dilaksanakan tahun hadapan dan dijangka tayangan filemnya pada tahun 2021 dan juga 2022.

Dengan penggambaran serentak ini, persoalan yang menjadi perhatian penonton ialah adakah ini mungkin filem Mission Impossible terakhir dengan Tom Cruise. Hal ini kerana ketika filem ke lapan menjengah pawagam, pelakon itu sudah pun menjengah usia 60 tahun. Berkemungkinan pelakon itu untuk melakonkan aksi lasak mungkin akan terbatas. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan