Margot Robbie Bakal Bintangi Filem Adaptasi Patung Barbie

Pelakon Margot Robbie bakal membintangi filem adaptasi Barbie yang sudah diumumkan akan menjalani penggambaran. Pelakon yang berusia 28 tahun itu memulakan kerjaya lakonannya melalui soap opera, Neighbours sebelum dikenali dunia melalui filem The Wold of Wall Street dan Suicide Squad. Selain filem adaptasi Barbie, Margot Robbie bakal membintangi filem berkaitan wataknya sebagai Harley Quinn, Birds of Prey. 


Perancangan untuk filem adaptasi Barbie sudah bermula semenjak tahun 2009 dimana Universal Pictures memulakan perancangan penulisan skrip. Kemudiannya, Sony Pictures mengambil alih projek tersebut dan mengubah skrip asal melalui beberapa rombakan. Dan pada tahun 2016, pelakon Amy Schumer dikatakan bakal memegang watak Barbie.

Pada tahun 2018, projek ini kini berpindah kepada Warner Bros yang mana dilaporkan menyasarkan pelakon watak Harley Quinn, Margot Robbie. Dalam satu kenyataan, Warner Bros kini membuat pengumuman rasmi menyatakan bahawa filem tersebut kini sah akan diteruskan oleh mereka. Pengesahan juga dibuat berkenaan penglibatan pelakon Margot Robbie.

Buat masa ini, tiada pengarah filem diumumkan. Namun, pengarah filem Wonder Woman, Patty Jenkins dilaporkan sedang dalam penilaian. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan