TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

James Gunn Bakal Arah Filem 'The Suicide Squad' Dengan Pelakon Baru

James Gunn dilaporkan bakal menduduki kerusi pengarah filem The Suicide Squad. The Suicide Squad ialah sekuel kepada filem Suicide Squad yang menjadi sebahagian daripada filem DCEU. Walaupun filem tersebut mendapat kutipan yang memberansangkan, kritikan negatif daripada pengkritik filem menyebabkan studio Warner Bros mahu mereboot filem tersebut.


Sekuel Suicide Squad yang dikenali sebagai The Suicide Squad sebelum ini bakal diarahkan oleh Gavin O'Connor. Namun, pengarah itu undur diri dan memaksa Warner Bros mencari pelakon baru. Apabila James Gunn dipecat Disney, Warner Bros mengambil kesempatan untuk memarik pengarah itu untuk mengarahkan filem DCEU.

Dan kini, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa pengarah itu sah bakal mengarahkan filem tersebut. Filem ini bakal menggandingkan pelakon baru dan pasukan baru. Hanya Margot Robbie dan Viola Davis sahaja yang akan kembali ke dalam sekuel ini. 

James Gunn kini dalam proses mencari pelakon yang bakal menggantikan beberapa watak dari filem pertama. Walaupun Deadshot sudah lagi tiada, pastinya James Gunn bakal menampilkan watak-watak lain yang lebih menarik. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Selepas Han, Gisele Bakal Kembali Dalam Francais 'Fast and Furious'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: War (2019)

Mark Ruffalo Bakal Ditawar Berlakon Dalam 'Parasite' Versi Siri TV

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Remake 'The Raid' Versi Hollywood Kini Sudah Ada Sinopsis Dan Tajuk