Hairul Azreen Teraju Utama 'Wira', Yayan Ruhian Turut Terlibat


Pengarah filem Paskal akhirnya mengumumkan bahawa filem terbarunya, Wira akan menggandingkan pengarah itu sekali lagi dengan pelakon Hairul Azreen. Hairul Azreen sebelum ini terlibat sebagai filem Paskal dari pengarah yang sama. Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagramnya. 




Wira bakal memaparkan genre aksi bela diri. Buat masa ini, proses mencari pelakon masih lagi dalam proses. Tiada lagi pendedahan tentang plot filem ini, namun ianya bergenre aksi. Filem Wira akan turut menampilkan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian. Namun, wataknya masih belum diketahui. Ini ialah kali kedua Yayan Ruhian bekerjasama dalam filem Malaysia selepas Mat Kilau.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan