Filem 'Captain Marvel' Bakal Dedahkan Bagaimana Nick Fury Hilang Sebelah Mata

Filem Marvel terbaru, Captain Marvel akhirnya akan dedahkan bagaimana Nick Fury hilang sebelah matanya. Filem yang berlatar belakangkan tahun 1995 itu memberikan ruang untuk penonton melihat watak Nick Fury dengan lebih jelas tentang asal usulnya. Dengan teknologi yang ada, Samuel L Jackson dimudakan.


Malah, di dalam filem ini, kedua-dua belah matanya masih berfungsi sebelum tragedi yang bakal menyebabkan dia hilang sebelah mata. Perkara ini disahkan sendiri oleh pelakon Samuel L. Jackson semasa temubual bersama Entertainment Tonight. 
You'll see, specifically, the origin of what happened to his eye.
 Para penonton pasti teruja menantikan momen tersebut yang mana menjadi tanda tanya walaupun tidaklah sepenting plot yang lain. Pelbagai teori dikeluarkan termasuklah teori yang menyatakan bahawa mata Nick Fury dicakar oleh kucing Goose yang dibela oleh Carol.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan