Dwayne Johnson Mahu Jason Momoa Berlakon Dalam 'Hobbs and Shaw'

Dwayne Johnson mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahu Jason Momoa untuk melakonkan watak saudaranya di dalam filem Hobbs and Shaw. Perkara itu didedahkan di dalam satu komen di Instagram sambil menjawab soalan peminat. 


Hobbs and Shaw ialah spin-off terbaru daripada francais Fast & Furious. Pembikinan filem ini mencetuskan kontroversi di awalnya apabila beberapa pelakon filem asal Fast & Furious kelihatan tidak bersetuju dengan filem ini yang mana melibatkan watak Hobbs dan Shaw sahaja. Hobbs mula dikenali dalam filem Fast Five!


Melalui komen di Instagram, Dwayne Johnson mendedahkan yang dia terpaksa melepaskan hajat untuk mengambil Jason Momoa untuk jadi sebahagian daripada francais itu kerana jadualnya yang agak padat. Pelakon itu juga berjanji akan cuba untuk mendapatkan Jason Momoa dalam filem Hobbs yang akan datang, jika ada.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan