10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'



Asoka ialah filem lakonan Shah Rukh Khan yang diterbitkan pada tahun 2001. Filem tersebut menjadi antara filem bergenre epik lakonan Shah Rukh Khan yang digandingkan dengan pelakon Kareena Kapoor.


Kami hidangkan 10 fakta tentang filem epik ini. 

1. Shah Rukh Khan sebenarnya mahukan Aishwarya Rai untuk jadi heroinnya, Kaurwaki. Namun, pengarah Santosh Sivan mahu mencari pelakon wanita yang tidak lagi pernah bergandingan dengan Shah Rukh Khan. Namun, peranan itu pada awalnya diberikan kepada Karisma Kapoor sebelum ditolak. Lalu, watak itu diberikan kepada Kareena Kapoor.

2. Ini ialah gandingan pertama Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor.

3. Sebanyak 4000 baju perisai besi dibuat daripada kaca fiber khas untuk filem ini.

4. Babak pertempuran akhir filem memerlukan lebih enam ribu pelakon tambahan dan juga ratusan gajah.

Jika korang berminat pasal dunia Bollywood, boleh ikuti Channel Youtube admin tau!

5. A.R Rahman pada awalnya terlibat dengan proses mencipta lagu untuk filem ini. Namun, dia undur diri di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Komposer Anu Malik lalu masuk menggantikan A. R Rahman.

6. Filem ini pernah disiarkan dalam bentuk siri tv di stesen tv di India.

7. Salman Khan pada awalnya pernah ditawarkan watak di dalam filem ini, namun akhirnya dia undur diri.

8. Santosh Sivan menceritakan idea untuk membikin Asoka kepada Shah Rukh Khan ketika mereka sedang merakamkan lagu Chaiya Chaiya dari filem Dil Se...

9. Filem ini ada versi extended yang mempunyai beberapa babak tambahan seperti watak Rani lakonan Krishna Sharma yang mana menjadi pilihan ibu Asoka untuk dinikahkan. Kisah ini tidak dipaparkan di dalam filem versi pawagam.

10. Filem Asoka gagal mendapat kutipan memberansangkan di India, namun filem ini dipuji olegh pengkritik filem profesional.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan