Ulasan Filem:Polis Evo 2 (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Joel Soh dan Andre Chiew
Pelakon | Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat

Mungkin tidak melampau jika aku katakan bahawa Polis Evo 2 adalah sebuah filem Malaysia yang sudah hampir kepada taraf filem aksi Hollywood. Ianya ialah lonjakan paling gila dalam sejarah filem aksi dari Malaysia.

Dengan bajet yang kita asa semampunya, Polis Evo 2 berjaya menunjukkannya bahawa kita mampu membina sebuah filem aksi yang bagus. Polis Evo 2 membuktikan bahawa dengan visi dan kegigihan pengarah yang baik, visual dari skrip berjaya diterjemahkan dengan baik dan hebat.

Puas hati! Itu yang aku dapat katakan lepas tonton filem ni. Permulaan filem ni berjaya mencengkam mata aku untuk terus menatap skrin pawagam dengan slow motion dan narration yang menakjubkan. Sebelum dihidang dengan menu utama, kita dipersembahkan dengan side dish yang boleh dikatakan cukup rasa untuk menaikkan semangat.

Apabila sampai sahaja kepada menu utama, filem ni ibarat makanan yang lazat. Tak berhenti untuk menyuap dan menyuap mulut penonton yang terlopong menonton. Saat cinta, drama dan perkara picisan diletak ke tepi, dan filem ini memberikan definisi sebenar apa itu filem aksi padat.

Apa yang menarik, filem ni memang mempunyai pelbagai scene aksi yang mana penuh dengan Hollywood logic. Ianya cukup fun dan entertaining namun pada masa sama menjadikan scene tersebut memorable. Antara scene yang unik ialah apabila geng jahat tolak troli dengan tong ikan untuk jadikan benteng. Tak logik tapi itulah Hollywood logic! Kita boleh terima semuanya dan masih terhibur.

Tak melampau juga jika aku katakan filem ni dipenuhi dengan ensemble cast yang cukup banyak. Dari lejen seperti Hairie Othman hingga ke Erra Fazira, dan juga pelakon Singapura dan Brunei, semuanya dahsyat. Malah, pelakon watak extra pun ialah pelakon yang biasa kita lihat. Jadi, tiada pelakon yang nampak too fake untuk watak diorang sebab diorang memang pelakon.

Pujian harus diberi terhadap visual filem ni. Suntingan filem ni yang mana berjaya memberi emosi juga sesuatu yang menjadikan Polis Evo 2 wajar ditonton. Trust me, visual dia memang taraf antarabangsa.

Muziknya juga antara penggerak emosi yang berjaya. Selepas muzik skor Pulang garapan Aubrey Suwito yang hebat, Polis Evo 2 pula berjaya mencipta skor sinematik yang meyakinkan dan tidak nampak murahan.

Polis Evo 2 berjaya mencipta sesuatu yang baru dalam kisah Sani dan Khai. Adalah sesuatu yang menarik melihat Sani diuji dengan emosi dalamannya manakala Khai pula diuji dari luaran. Dan gabungan keduanya menciptakan elemen persahabatan dalam filem aksi setaraf kita melihat duo dalam Bad Boys!

Boleh dikatakan aku puas hati dengan kesemua elemen filem ni. Cukup masak untuk sebuah filem aksi padat. Abaikan beberapa bahagian yang tak berapa logik sebab filem aksi sememangnya perlu sebegitu. Barulah kita dapat nikmat dan keseronokan.

Tapi, aku tidak nafikan bahawa filem ni sedikit ganas. Ada scene pembunuhan awam dan juga pembuhuan yang agak banyak. Namun, itu menjadikan filem ni percubaan yang berani untuk melihat sejauh mana penonton menerima kekejaman seperti ini di dalam dunia filem Malaysia. Dan bagi aku, aku suka!

Honestly, aku masih rasakan filem ni milik Shaheizy Sam. Zizan Razak sedikit tenggelam apabila dia menjadi 'mentor' kepada watak Syafie Naswip yang mana pada aku, takde pun takpe. Tapi, dah diorang nak buat watak yang banyak macam Avengers, so terima jelah. Bila banyak watak, pasti akan ada yang terkebelakang.

Lakonan Soffi Jikan gagal kelihatan, Hairie Othman dan Rusdi Ramli berjaya mencuri perhatian. Begitu juga Hairul Azreen yang nampak seperti watak extra. Tahniah juga untuk Hasnul Rahmat yang jadi jahat yang kejam dan penuh dengan dialog yang menusuk. Best dengar dialog dia.

Pujian setingginya untuk seluruh team Polis Evo 2. Ianya sebuah filem Malaysia yang sudah mencapai tahap filem aksi Hollywood dengan aksi yang cukup rasa dan letupan yang memang besar. Puas!

Pada aku, Polis Evo 2 ialah filem yang mendefinisikan action packed movie dengan tepat. Inilah yang kita mahu. Cerita yang mudah, tetapi penuh dengan elemen aksi dan penceritaan yang mudah! Polis Evo 2 ialah filem 'musim panas' Malaysia yang mana rugi jika korang tak tonton.

Industri kita masih belum ada filem aksi padat sebegini tau!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan