Ulasan Filem: Mowgli (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Andy Serkis
Pelakon | Christian Bale, Andy Serkis, Benedict Cumberbatch

Sebelum ini, kita dah biasa tonton Jungle Book versi Disney yang mana animasinya sudah ada semenjak tahun 1967. Malah, pada tahun 2016, Disney pernah mengembalikan magik cerita ini dengan versi adaptasi animasi berteknologi tinggi yang mendapat pujian daripada pengkritik. Dan selepas itu, Andy Serkis mengumumkan yang dia akan mengarahkan filem berkisar tentang watak Mowgli dengan caranya yang tersendiri.

Setelah menonton filem Mowgli: Legend of the Jungle, ternyata filem ini boleh dikatakan makanan yang agak menyelerakan, tapi adalah satu dua yang agak kurang menarik di sana sini. Banyak perkara yang menjadikan Mowgli: Legend of the Jungle masih berada di bawah filem Jungle Book dari Disney. Namun, ada juga beberapa perkara yang menjadikan Mowgli lebih menonjol dari The Jungle Book.

Pertama, apa yang menarik pasal Mowgli: Legend of the Jungle ni semestinya tone filem ni yang lebih dark dan juga berani daripada versi Disney. Mowgli mempunyai lebih tona penceritaan yang lebih berani. Tidak seperti filem Disney, filem garapan Andy Serkis ini penuh darah dan juga penceritaan dunia haiwan yang sangat brutal. Maybe untuk orang dewasa macam aku, tona penceritaan sebegini aku mahukan.

Namun, penceritaan yang dark dan juga brutal tidak semestinya menjadikan The Jungle Book versi Disney jatuh ke tanah. Andy Serkis kelihatan gagal untuk memberikan roh dan jiwa yang baik dalam beberapa aspek filem ini dan menyebabkan Mowgli kadangkala cuba untuk jadi gah tetapi tersungkur di satu dua tempat. Namun, Mowgli masih boleh berdiri.

Selain tona yang lebih dark, Andy Serkis kelihatan memberi visi rupa haiwan dengan lebih serius dan detail. Watak Bagheera dan juga Baloo kelihatan lebih realistik dan itu menjadi antara kekuatan kepada filem ini. Memang Andy Serkis berjaya melahirkan Bagheera, Baloo dan juga watak haiwan lain dengan visual yang lebih gah.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa penceritaan filem Mowgli lebih kurang sama je dengan filem The Jungle Book. Kedua duanya diambil daripada buku tulisan penulis sama. Apa yang membezakan kedua-dua adaptasi ialah bagaimana pendekatan untuk mengekalkan aslinya cerita tersebut. Apabila Disney memilih untuk menjadikan Jungle Book untuk tontonan kanak-kanak, Mowgli mungkin sudah berjaya untuk tontonan dewasa.

Ianya epik. Suara Christian Bale, dengan paduan suara Benedict Cumberbatch dan juga Christian Bale memang menjadikan filem ni sangat hebat. Memang kehebatan Andy Serkis sebagai pakar kepada teknik ‘motion capture’ menjadikan visual filem ni terbaik!

Lakonan Rohan Chand sebagai Mowgli boleh dikatakan sederhana. Entah, aku sendiri rasakan bahawa pelakon cilik ini masih kelihatan tidak berjaya melakonkan watak Mowgli di mata aku. Apapun, lakonannya masih boleh dikatakan sempurna. Cuma, aku mungkin berharap bahawa adanya pelakon yang lebih sesuai untuk memegang watak itu.

Apapun, menonton Mowgli: Legend of the Jungle ialah seperti menonton versi yang lebih dark untuk The Jungle Book. Tona penceritaan yang dark, kesan khas yang lebih terperinci dan hebat menjadikan filem ni sebuah peningkatan yang sempurna untuk adaptasi naskah Rudyard Kipling ini. Namun, tidak bermakna Mowgli ialah sebuah filem yang hebat daripada versi Disney.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan