Ulasan Filem: Bumblebee (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Travis Knight
Pelakon | Hailee Steinfeld, Jorge Lendeborg Jr., John Cena, Jason Ian Drucker

Transformers dah lama hadir dengan mazhabnya tersendiri. Semenjak Muchael Bay membawakan adaptasi Transformers pada tahun 2007, kita sudah biasa dengan filem Transformers yang penuh letup letup dan juga aksi yang nonstop. Ya, kita tahu, ramai peminat Transformers sedikit kecewa apabila filem versi Bay sedikit mengarut dan kurang dari segi plot development, tetapi ianya tetap ada bisanya tersendiri.

Transformer: The Last Knight jadi filem terakhir arahan Michael Bay. Dia direhatkan dan Paramount bertungkus lumus nak selamatkan francais Transformers dengan usaha yang gigih. Maka, hadirlah Bumblebee sebagai buah tangan terbaru yang mana diarahkan oleh Travis Knight. Sejauh mana beza arahan Travis Knight dan Michael Bay? Nah, setinggi gunung Everest dan jurang Mariana.

Dengan berbekalkan plot khas yang bertumpukan kepada Bumblebee, filem Bumblebee kelihatan cuba untuk mengubat hati peminat Transformers. Bagi peminat tegar Transformers, semestinya korang berpuas hati dengan filem ini atas beberapa perkara. Satu, filem ini menampilkan rupa Transformers hampir seperti kartun asal. Dan kedua, filem ini tidak suka suka membunuh Transformers!

Travis Knight tahu membina sesuatu yang bagus. Bumblebee ada bisa. Jauh berbeza dari filem Transformers terdahulu. Diakui. Namun, Travis Knight membawa kita melihat Transformers sebagai sebuah filem kekeluargaan, tentang menjadi seorang remaja, nilai persahabatan dan juga komedi santai. Menjadi tetapi untuk penggemar aksi mazhab Bay, filem ini sedikit mengecewakan.

Diakui, plot Bumblebee adalah segar dan menarik. Travis Knight berjaya memberikan sebuah filem Transformers tanpa adanya campur tangan askar, dan juga pergaduhan mega yang merosakkan bandar. Terbaik! Tapi, aku boleh katakan yang Bumblebee tidak ubah seperti sebuah filem kekeluargaan yang sesuai untuk kanak-kanak tetapi gagal senggamakan aku sebagai orang dewasa.

Plot filem Bumblebee memilih watak Charlie untuk bersama dengan Bumblebee dalam perjalanan mereka. Ianya memang lebih baik daripada Sam yang hanya tahu melalak sana sini dan kurang matang. Charlie adalah antara watak utama yang menjadi teman Transformers yang boleh aku katakan terbaik setakat ini!

Filem ini juga tidak ketinggalan mengembalikan nostalgia dengan pelbagai elemen termasuklah Bumblebee dan juga beberapa robot Decepticon yang lebih mirip kepada rupa asal dalam kartun. Malah, latar masa 80an menjadikan filem ini nostalgik bagi penggemar kartun Transformers.

Jika dibandingkan filem Transformers spin-off Bumblebee ini dengan lima filem Transformers terdahulu, aku dapat simpulkan bahawa inilah filem Transformers yang aku nak. Plot development sangat kemas. Setiap karakter dikembangkan dengan baik. Tiada jeritan yang memekakkan, dan juga elemen mesej yang kuat.

Sayangnya, aku lebih suka jika elemen filem Travis Knight ini digabungkan dengan aksi gaya Michael Bay. Both mixed together, kapooom! Cantik! Michael Bay punya kekuatan dan kelemahan, dan juga Travis Knight.

So far, sebagai penggemar filem Transformers, aku boleh katakan filem ni bagus. Cuma untuk halwa mata aku, filem ni sedikit biasa. Seolah olah menonton filem Herbie versi Transformers dan juga plot seperti filem Disney yang mempunyai sasaran remaja. Aku mahu aksi yang lebih, namun Bumblebee bagi komedi yang cukup rasa. Oklah tu.

A nice movie untuk tontonan family. Tu je.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan