Perbezaan Ketara Siri TV Tempatan Dengan Siri Tv Hollywood, Jangan Terasa Tau!

Kami senaraikan apa perbezaan drama Malaysia dan juga drama luar negara. Jangan terasa tau. For  fun je ni!


1. MALAYSIA: Kebanyakan siri tv Malaysia bercerita tentang satu isu, contoh, dalam 13 episod, akan ada satu masalah besar yang perlu diselesaikan dalam 13 episod. Sampingan, adalah kisah kecil yang tak berapa nak penting.

HOLLYWOOD: Setiap plot bergantung kepada watak. Setiap episod tak semestinya berkesinambungan dari episod sebelumnya. Ada episod yang khusus untuk watak yang sebelum ni tak penting. Ada episod yang hanya dikhaskan untuk flashback.

2. MALAYSIA: Adegan sembang banyak. Watak berbual seperti biasa. Berdiri berdua, di meja makan, ataupun di telefon.

HOLLYWOOD: Kita jarang nampak pengulangan dalam adegan berbual. Watak setiap siri terlalu banyak sehinggakan kepelbagaian dialog berlaku.

3. MALAYSIA: Selalunya, watak utama akan kekal sehingga akhir musim.

HOLLYWOOD: Tak semestinya. Watak utama boleh mati bila bila masa. Dan watak yang tak penting pula boleh bertukar jadi watak utama.

4. MALAYSIA: Tajuk siri menggambarkan keseluruhan musim. Tak nak kasi contoh. Malas.

HOLLYWOOD: Tajuk tak semestinya menggambarkan cerita. American Horror Story tak semestinya pasal hantu, Game of Thrones tak semestinya pasal rampas takhta, 13 Reasons Why tak semestinya tentang sebab nak bunuh diri sahaja. Lost tak semestinya pasal camne diorang nak selamatkan diri dari pulau.

5. MALAYSIA: Watak boleh dibilang dengan jari. Selalunya akan kekal sampai habis musim. Kalau bagus, disambung lagi ke musim seterusnya. Dan seterusnya.

HOLLYWOOD: Watak ramai. Akan ada watak akan mati di tengah, muncul watak baru. Kadang kadang geram pesal watak best dimatikan.

6. MALAYSIA: Jarang ada siri yang tahan bertahun tahun, kecuali Gerak Khas dan beberapa lagi.

HOLLYWOOD: Banyak siri yang bertahan lama. Namakan sendiri.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan