Kerana Labelkan Hindu Sebagai Agama Palsu, Persatuan Hindu Di US Gesa Marvel Minta Maaf

Sebuah organisasi mewakili penganut beragama Hindu di Amerika Syarikat mengeluarkan satu kenyataan terhadap sebuah komik X-Men terbaru yang dikeluarkan pihak Marvel. Komik Uncanny X-Men #5 memaparkan seorang mutant yang dikenali sebagai X-Man dengan kuasa fizik yang mampu mengubah realiti. Dalam usaha untuk menyelamatkan dunia, X-Man memilih untuk memadamkan semua perkara yang memecah belahkan manusia termasuklah agama.

X-Man lalu menggunakan kuasanya lalu melenyapkan kesemua rumah penyembahan Tuhan palsu di dunia lenyap. Ini termasuklah sebuah kuil agama Hindu, Sree Padmanabha Swamy Hindu Temple di Thiruvananthapuram, India. Dan di akhirnya, X-Man menjadi tuhan baru di dunia bumi yang baru dibinanya kembali.
Hal ini menyebabkan Persatuan Hinduism di Amerika Syarikat itu menggesa pihak Marvel meminta maaf kerana menggelarkan kuil tersebut sebagai tempat penyembahan tuhan palsu. Namun, di dalam komik itu, bukan kuil Hindu sahaja yang dimusnahkan. Watak X-Man turut melenyapkan St. Peter Basilica di Kota Vatican dan juga Kaabah di Mekah. 

Seharusnya, pelukis komik harus mengambil peranan untuk lebih sensitif dalam memaparkan subjek agama. Ini bukan kali pertama pihak Universal Society of Hindus bengang dengan Marvel. Terdahulu, mereka juga menentang paparan watak Apocalypse yang mirip Tuhan Krishna dalam filem X-Men: Apocalypse yang diterbitkan pada tahun 2016.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan