'Bumblebee' Gagal Kaut Kutipan Memberansangkan Walaupun Dipuji Pengkritik



Filem Bumblebee gagal untuk mengutip kutipan yang memberansangkan walaupun filem ini mendapat pujian pengkritik. Filem spin-off kepada filem Transformers (2007) ini diarahkan oleh Travis Knight dan merupakan strategi baru untuk memberi nafas segar kepada francais filem berkenaan. 

Kutipan di Amerika Syarikat pada minggu pertama hanya USD21 juta. Jika dibandingkan dengan filem Transformers terdahulu, The Last Knight mengutip USD23 juta, lebih tinggi daripada Bumblebee walaupun terendah dalam kutipan kesemua filem Transformers arahan Michael Bay. 

Ternyata, filem yang baik dan dipuji pengkritik tidak bermakna ianya bakal box-office. Bumblebee kini sedang ditayangkan di pawagam.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan