TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Apa Beza Filem 'One Two Jaga' Versi Tanpa Potongan Di Netflix Dan Versi Wayang?


One Two Jaga kini sudah ditayangkan di Netflix bermula 1 Disember 2018. Filem yang sebelum ini ditayangkan di pawagam kurang mendapat sambutan yang memberansangkan. Namun, ramai yang memuji kekuatan filem ini yang menonjolkan isu yang agak berani dan juga mencabar. 


Di pawagam, filem ini ditayangkan dalam versi tapisan. Beberapa adegan disunting semula dan juga ada beberapa tokok tambah yang menjadikan filem ini agak kurang selesa ditonton bagi penggemar filem yang mahukan garapan sebenar. Nah, di Netflix, korang berkesempatan menonton versi 'liar' tanpa potongan yang lebih memuaskan.

Apa beza filem One Two Jaga versi tanpa potongan dengan versi yang ditayangkan di pawagam?

Satu, filem ini tidak memotong gelaran 'anjing' yang merujuk kepada pihak polis.

Dua, filem ini tidak blurkan rokok yang dihisap oleh watak budak-budak.

Ketiga, filem ini tidak mempunyai tulisan tentang nasib watak di akhir filem yang sekaligus menjadikan ending versi asal lebih open untuk perbincangan luas.

Tontoni One Two Jaga di Netflix yang sememangnya memberi kepuasan yang maksima. Filem arahan Nam Ron ini dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Ario Bayu dan juga beberapa barisan pelakon hebat lain!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Rupa Pelakon Baywatch Asal, Dahulu dan Sekarang