Z. Lokman Bidas Netizen, 'Mahaguru' Tetap Karya Terbaik Darinya


Trailer filem terbaru Z. Lokman yang dimuat naik di laman YouTube sejak 11 Oktober yang lalu menerima kecaman dari netizen yang mana mempertikaikan kualiti filem tersebut. Namun, pengarah filem itu tetap yakin bahawa filem arahannya sememangnya bagus dan berkualiti.


Bercakap kepada Harian Metro di majlis tayangan perdana filem tersebut, Z. Lokman berkata bahawa Mahuguru mempunyai ciri filem yang dikehendaki pihak pawagam.
Sasaran kami adalah generasi sekarang menonton filem ini agar mendatangkan semangat kepada mereka mengenali silat. Sudah tentu semua tahu bajet filem arahan saya tak setinggi mana tapi kita bersyukur dapat menghasilkan filem sebegini.
Mahaguru ialah filem bercorak aksi seni bela diri silat yang mana turut menggunakan CGI dalam beberapa babak. Namun, elemen CGI yang dipaparkan di dalam trailer menjadi sendaan netizen. Malah, ada yang mempertikaikan kualiti trailer yang seolah diambil menggunakan telefon bimbit dan seakan video era 80an.
Saya sebenarnya dah letih, dah lebih 40 tahun mengarah dan soalan-soalan yang diajukan tetap sama. Terserah kepada penonton atau mana-mana pihak yang beranggapan filem ini ketinggalan zaman. Ia satu kemajuan kerana saya nak tunjukkan filem pendekar yang dah lama dilupakan. Saya tak kisah kerana dengan filem-filem beginilah saya hidup selama ini. Sayalah pengarah yang paling banyak mengarah filem. Yang tertua dan masih berdiri untuk terus mengarah.

Filem terbitan Bismi Adira Production ini menjalani penggambaran selama dua minggu sahaja dan dibarisi pelakon seperti Mokhtaruddin, Bismi Adira, Alif AF6, Aman Shah, TS Jeffrey, Salman Al-Farisi, Harya Zaleha dan Eliza Mustafa.

Mahaguru di pawagam 15 November 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan