Ulasan Filem: Target (2018)

Tahun Terbit| 2018
Pengarah | Raditya Dika
Pelakon | Raditya Dika, Cinta Laura Kiehl, Samuel Rizal

Apa yang terjadi bila filem Saw digabungkan dengan Hunger Games dan juga beberapa elemen lawak dalam sebuah filem yang serius? Nah, jadilah filem Target yang ditayangkan di Indonesia pada raya 2018 yang lalu.

Filem ini menggabungkan elemen Saw yang jelas dan nyata, dari warna topeng juga gaya horrornya tetapi ditambah dengan elemen lawak tetapi serius dalam gaya yang menjadikan Target agak unik.

Pada aku, permulaan filem ini nampak biasa-biasa. Namun, selepas filem ini bermula, kita melihat bagaimana pengarah menambahkan bumbu cemas dan komedi yang bercampur di antaranya dan menjadikan Target filem yang luar biasa.

Walaupun komedi dan elemen ngerinya boleh dikatakan cukup rasa, Target tidak lari dari babak yang agak tipikal dan komedi yang kadangkala tidak menjadi. Namun ianya bukanlah masalah besar.

Aku juga sedikit kurang selesa dengan gabungan sembilan orang pelakon yang kelihatan tidak bergabung dengan baik. Namun, setiap karakteristik watak yang unik menjadikan setiap watak ada keistimewaan yang tersendiri.

Paling aku puji ialah lakonan bintang lagenda Willy Dozan yang jadi gedik gedik lembut. Wataknya berjaya memberikan rasa komedi yang bagus dengan bantuan lawak lawak dari watak watak lain.

Target kelihatan seperti sebuah parodi. Namun perlu juga untuk korang ketahui bahawa apa yang berlaku di dalam filem ini serius dan bukanlah sesuatu yang lawak. Kadang kadang rasa nak gelak pun rasa bersalah bila mengenangkan nasib watak watak. Tapi itulah hakikatnya.

Memang pelawak dan pengarah dan merangkap pelakon filem ni, Raditya Dika bijak menggabungkan thriller, parodi dan komedi dalam filem ni. Untuk sebuah filem bergenre pelik sebegini, Target boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang menghiburkan.

Aku puji juga visualnya yang kemas dan juga kerja kamera yang baik. Walaupun sememangnya kita takkan dapat lari daripada mengingati Saw dan filem bergenre sama yang lain, ianya boleh dikatakan peniruan yang menjadi.

Aku sarankan tontonan filem ni kalau korang nak sebuah filem komedi yang memang pelik dan luar biasa. Lawak filem ni memang menghiburkan apatah lagi dengan gabungan sembilan pelakon dari latar lakonan yang berbeza.

A good parody movie, slasher yang unik dan mempunyai kehebatan yang tersendiri. Target ada lawak dalam kelasnya dan juga persembahan slasher gaya Saw dan Hunger Games yang hebat dan kreatif untuk sebuah filem Indonesia.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan