Ulasan Filem: Sebelum Iblis Menjemput (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Timo Tjahjanto
Pelakon | Chelsea Islan, Pevita Pearce, Ray Sahetapy

Setelah lama tidak hadir dengan filem bergenre seram, Timo Tjahjanto akhirnya kembali dengan filem Sebelum Iblis Menjemput. Filem yang ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018 kini sudah mula ditayangkan di Netflix mulai 18 November 2018.

Untuk info, ramai penggemar filem seram Indonesia membandingkan karya seram ini dengan filem Hollywood, Evil Dead. Namun, selepas aku menonton filem ini, perbandingannya jauh sekali. Malahan dari aspek gore dan violence, ianya tidak lari dari sebuah gore versi Timo Tjahjanto seperti yang dilakukan dalam Headshot mahupun The Night Come For Us.

Aku dapati, Timo Tjahjanto memang gemar meletakkan elemen ngeri di dalam filemnya. Hal ini menjadikan filem ni tidaklah boleh diklasifikasikan sebagai seram banget, tapi sebuah filem torture porn.

So, kegilaan Timo Tjahjanto terhadap genre ni memang sudah kita saksikan dalam filem Dara, malah melarat ke Headshot dan The Night Come For Us, sehinggakan wujud rasa bosan sebab torture porn ini berulang dan tiada pembaharuan.

Dari aspek penceritaannya, Timo Tjahjanto kerap kali memilih idea yang mudah, yakni satu situasi, dan kemudian membuatkan watak di dalamnya bergelumang dengan masalah. Sama saja seperti Dara, Headshot dan karya selainnya. Plot Sebelum Iblis Menjemput amat kecil dan filem ini hanyalah sebuah eksplorasi bagaimana watak di dalamnya mahu survive dari masalah yang timbul.

Masalah bermula apabila meninggal dunia dengan cara pelik. Lesmana mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama, dan kemudiannya tiga orang pula selepas perkahwinan kedua. Isteri pertama meninggal dunia, dan isteri kedua masih lagi ada.

Kesemua watak ini dihimpunkan dalam sebuah rumah usang milik Lesmana. Dan ketika sibuk si ibu mencari sebarang dokumen yang boleh dibawa pulang, ada syaitan terlepas daripada perjanjian Lesmana sebelum dia mati.

Aku boleh sifatkan bahawa filem ini tidak terlalu seram bagi aku. Elemen jump scarenya tahap biasa. Tidak punya jump scare yang begitu menakutkan. Namun, elemen seram yang dibawa dalam filem ini ada kreativiti dan boleh dipuji.

Malah, kesan khas yang digunakan dalam filem ini amat memberangsangkan dan mempunyai kekuatan terhadap plot cerita. Kesan khas banyak membantu merealisasikan babak yang sukar nak dilakukan dengan cara biasa especially babak terbakar tu.

Lakonan Chelsea Islan boleh dipuji. Antara watak yang menonjol dan memberi ruang untuk kita mengharapkan lakonannya berjaya menutupi kelemahan yang ada. Antagonisnya, Pevita Piece pula rasa sedikit tenggelam kerana wataknya nampak kurang sengat.

Visual, kerja kamera dan editing boleh dipuji. Aku tahu, Timo Tjahjanto amat menitik beratkan elemen ini sehinggakan filem ni lari dari garapan seram filem Indonesia biasa. Itu juga aku rasakan wajar menerima pujian dari aku.

So far, aku puas hati dengan Sebelum Iblis Menjemput. Cuma, dalam plot filem yang mudah dan gaya ngeri yang berulang macam filem Timo Tjahjanto yang dulu, even genrenya berbeza, Sebelum Iblis Menjemput boleh dikatakan filem yang mengulangi formula lama pengarah itu.

Aku harapkan Timo Tjahjanto dapat hadir dengan karya yang segar, yang mana unsur violence dan gorenya lebih kreatif.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan