Ulasan Filem: Cam (2018)



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Daniel Goldhaber
Pelakon | Madeline Brewer, Patch Darragh, Melora Walters

Cam ialah sebuah filem yang memang kalau ditayangkan di pawagam, memang cari pasal. Selepas menonton trailer filem ni, aku tahu, filem ni memang sebuah filem thriller yang menjentik akal penonton yang pernah mengetahui apa itu cam girl.

Aku tak nak cakaplah pasal apa dia cam girl. Tapi, kalau kau layan Netflix, ada satu siri dokumentari bertajuk Hot Girl Wanted: Turn On yang berkisahkan tentang kerjaya cam girl. So lepas tonton siri dokumentari tu, kau akan ada sikit pencerahan tentang dunia cam girl yang jadi premis filem ni.

Filem ni, untuk fakta ditulis oleh sorang manusia yang memang pernah terlibat dengan dunia cam girl. Dan ianya boleh dikatakan provoking dan juga amat padu untuk membuatkan kita berfikir tentang dunia manusia yang dipenuhi dengan dunia alam maya.

Cam mengisahkan seorang gadis yang menjadikan kerjaya sebagai cam girl untuk kehidupannya. Lola cuba untuk bergelut untuk naikkan rankingnya tetapi dengan satu rules, orgasm di hadapan kamera haruslah asli dan bukan dibuat buat.

Disebabkan hal itu, lama kelamaan, peminat Lola makin menurun mendesak Lola untuk mengabaikan rules yang telah dia buat. Selepas satu sesi web cam, akhirnya Lola berjaya. Malangnya, keesokan harinya dia dapati dia tak boleh log in ke accountnya dan ada seseorang yang lain menggunakan akaunnya dan menjadi dirinya.

Walaupun filem ini berkisar tentang pencuri identiti seorang cam girl, filem ni berjaya menimbulkan kerisauan tentang identiti kita di laman maya tak kiralah Facebook mahupun apa sahaja laman sosial.

Kau akan dapat rasakan bagaimana rimasnya seorang itu apabila mendapati bahawa identiti sudah dicuri dan kita gagal u tuk meminta bantuan kepada sesiapapun. Ianya ialah worst case scenario yang kalau terjadi, memang sesuatu yang bakal buatkan kita tak tenang nak hidup.

Filem ni mempunyai plot yang mudah. Tapi, jangan disangka endingnya biasa. Ianya boleh dikatakan agak provoking dan juga menjadi satu ending yang agak berat bagi aku. Walaupun endingnya ringkas, ianya ada banyak perkara yang buatkan kau tertanya tanya selepas selesai tonton.

Walaupun aku rasa isu yang dipaparkan dalam Cam ni agak provoking dan tidak semua akan selesa dengannya, Cam ialah sebuah filem yang mampu buat kita berfikir sejauh mana kita mementingkan keselamatan saat kita melayari media sosial.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan