Siti Saleha Jadi Lesbian Dalam 'Tujuh', Tak Fikir Kontroversi Yang Bakal Melanda

Filem seram Tujuh sudah mula ditayangkan mulai 7 November 2018 di pawagam. Filem seram thriller arahan Raja Mukhriz ini mengisahkan tujuh remaja yang mana menghabiskan percutian mereka dengan membuat parti liar di rumah persinggahan keluarga. Parti liar tersebut menjadi tidak terkawal apabila ianya berakhir tragedi.


Suri, anak kepada tok batin yang menjaga rumah itu dirogol oleh seorang 'lesbian' lakonan Siti Saleha. Namun, selepas itu, bala melanda.

Buat pertamakalinya, Siti Saleha melakonkan watak yang agak daring. Berkata kepada Harian Metro, dia bersetuju menerima watak Tina ini kerana mahu meneroka sisi baru dalam lakonannya.
Saya langsung tidak terfikir mengenai kontroversi yang akan timbul. Bagaimanapun, saya sedia berdepan kritikan orang ramai terhadap watak Tina itu nanti. Jujur filem ini memberi saya satu pengalaman baru. Saya berpeluang meneroka karakter yang belum pernah lakukan. Mujur semuanya berjalan lancar dan saya tak sabar nak tunggu respon peminat.
 

Tujuh kini sudah ditayangkan di pawagam. Filem yang terperap agak lama ini membariskan pelakon hebat seperti Johan A’sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Riz Amin, Deedee Nash dan Faizal Hussein.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan