TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Penerbit 'Despicable Me' Bakal Reboot 'Shrek' Dan 'Puss In Boots'


Filem Shrek dan juga Puss In Boot bakal direboot oleh Chris Meledandri, orang di sebalik filem Despicable Me. Filem Shrek yang diterbitkan pada tahun 2001 menjadi antara icon animasi yang menampilkan gandingan Mike Myers, Cameron Diaz dan Eddie Murphy. Pada tahun 2011, spin off bertajuk Puss In Boots pula diterbitkan menampilkan watak kucing lakonan Antonio Banderas. Filem sekuel Puss In Boots pernah dirancang namun akhirnya gagal direalisasikan.


Disebabkan pada tahun 2016, Comcast membeli Dreamworks Animation yang sebelum ini di bawah Dreamwork Studio dengan jumlah harga USD3.8 juta, kesemua projek Shrek dan Puss In Boot dihentikan. Dreamwork Animation di bawah payung barunya itu lalu menerbitkan How To Train Your Dragon: The Hidden World yang bakal terbit pada tahun 2019.

Di bawah payung baru ini jugalah, dilaporkan bahawa Universal Pictures mahu menghasilkan semula filem Shrek dan Puss In Boots. Namun, filem ini bukanlah sebuah filem sekuel dari filem Shreksebelum ini tetapi mereka masih mahu filem itu mempunyai sedikit kesinambungan dengan filem terdahulu walaupun ceritanya berbeza.
When you look back on those vocal performances they’re awesome, and while you certainly could make a case for a complete reinvention, I find myself responding to my own nostalgic feelings of wanting to go back to those characterizations. The challenge for us has been to find something that really does feel like it’s not simply yet another film in a series of sequels... You want to find something in the narrative that really feels like a departure.
Mungkin antara sebab kenapa Universal Pictures mahu menerbitkan semula filem Shrek ini ialah kerana mahu mengaut untung dengan cepat. Mereka sudah membeli Dreamwork Animation dengan jumlah yang banyak. Satu-satunya cara untuk mengaut untung dengan cepat ialah menghasilkan animasi yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri. 

Namun buat masa ini, amat sukar untuk menghasilkan Shrek sehebat dulu kerana peminat sudah sebati dengan Shrek versi Mike Myers. Namun, apapun, kita lihat sama ada versi reboot ini mampu mengembalikan aura filem asalnya. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Marvel Studios Rancang Bangkitkan Semula Watak Thanos Dalam Filem MCU

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Remake 'The Raid' Versi Hollywood Kini Sudah Ada Sinopsis Dan Tajuk

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Mark Ruffalo Bakal Ditawar Berlakon Dalam 'Parasite' Versi Siri TV

Selepas Han, Gisele Bakal Kembali Dalam Francais 'Fast and Furious'

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Ulasan Filem: War (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'