Peminat Mahu Boikot 'Polis Evo 2' Sebab Tampilkan Watak Pengganas Islam


Filem sekuel yang dinantikan oleh peminat filem Polis Evo yang menjadi antara filem superhit tahun 2015 kini mendapat respon yang pelbagai apabila menampilkan watak pengganas beragama Islam di dalam filem tersebut. Watak pengganas lakonan Hasnul Rahmat itu disifatkan mencemarkan imej Islam yang digambarkan jahat.


Sebuah fanpage menyatakan hasrat untuk memboikot filem ini. Post yang dikongsi di laman fanpage tersebut sudah menadapat hampir 1000 share dan juga reaksi pelbagai dari ruang komen.


Apapun, pada kami, filem Polis Evo 2 pastinya mempunyai mesej di sebalik watak Hafsham lakonan Hasnul Rahmat. Kami juga yakin bahawa Lembaga Penapisan Filem juga sudah menyemak isi kandungan filem ini dengan baik dan melepaskannya atas sebab-sebab yang kukuh. Apapun, adakah anda setuju dengan pendapat fanpage tersebut?

Rancakkan perbincangan di group kami Komuniti Suka Filem.

Polis Evo 2 di pawagam 22 November 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan