Netflix Umum Siri Anime 'Pacific Rim' Bakal Dihasilkan


Nampaknya, halatuju francais Pacific Rim akan berubah hala. Baru-baru ini, Netflix mengumumkan bahawa Pacific Rim akan dihasilkan dalam bentuk siri anime oleh Netflix dan Legendary Entertainment. Anime ini akan memberi ruang baru untuk Pacific Rim berkembang dan menjadikannya lebih hebat.


Sinopsis siri anime Pacific Rim adalah seperti berikut:
Returning to the epic battle of Kaiju and Jeagers, this original anime series will expand upon the story of the first two live action movies and follow two siblings — an idealistic teenage boy and his naïve younger sister — who are forced to pilot an abandoned Jaeger across a hostile landscape in a desperate attempt to find their missing parents.
 Pacific Rim bermula dengan filem pertamanya pada tahun 2013 yang mana berjaya mencatat kutipan memberansangkan sehingga sekuelnya, Pacific Rim: Uprising dihasilkan tahun ini. Namun, sekuel filem ini gagal untuk mengutip kutipan memberansangkan. Mungkin disebabkan itu, Pacific Rim seterusnya dikembangkan dalam siri animasi dan juga komik.

Anime ini adalah antara siri anime terbaru yang diumumkan Netflix sebaris dengan beberapa anime lain termasuklah Altered Carbon dan siri original yang lain. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan