'Kadaram Kondan', Filem Tamil Berkisah Pasal Penakluk Negeri Kedah?


Kamal Hassan telah mengeluarkan poster pertama filem ini yang memperkenalkan pelakon filem tersebut, Vikram. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa ianya ialah remake kepada filem Hollywood, Don't Breathe. Namun, ianya ditolak oleh penerbit dan menyatakan ianya bukan remake tetapi sebuah filem dengan kisah baru.


Setakat ini, tiada berita tentang sinopsis filem ini. Namun, penggambaran filem Kadaram Kondan kini sedang giat berlangsung di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Rajesh M Selva yang pernah mengarahkan Thoongaa Vanam, filem lakonan Kamal Hassan yang merupakan adaptasi filem Perancis, Sleepless Night.

Kadaram Kondan ialah filem keempat yang mana diterbitkan oleh Kamal Hassan tetapi tidak dilakonkan oleh dirinya sendiri. Namun, dalam Kadaram Kondan, anaknya, Akshara turut berlakon. Filem ini akan mendapat garapan muzik dari Ghibran.

Kadaram Kondan jika dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia bermaksud Penakluk (Kondan) Kedah (Kadaram). Adakah filem ini akan berkait dengan negeri Kedah? Tetapi, agak hairan apabila adanya KLCC di dalam poster teaser yang diperkenalkan. Apapun, nantikan kemaskini tentang filem ini dari masa ke masa.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan