John Cena Mahu Jadi Captain America Selepas Chris Evan?



Peminat mungkin akan melihat lakonan Chris Evans menjadi Captain America yang terakhir dalam filem Avengers 4. Pelbagai teori peminat menyatakan bahawa berkemungkian Falcon lakonan Anthony Mackie mahupun Winter Soldier lakonan Sebastian Stan berkemungkinan bakal menjadi pemegang perisai Captain America selepas itu.


Namun, bagaimana jika pengganti watak itu bukan seperti yang dijangka. Terbaru, pelakon dan juga penggusti terkenal, John Cena memuat baik gambar menarik di laman Instagramnya. Dengan tidak ada sebarang teks, John Cena memuat naik gambar perisai Captain America yang nampak seperti rosak:



 Adakah ini bermakna John Cena berminat untuk menggalas tugas sebagai Captain America yang baru selepas Chris Evan mengundurkan diri? Semuanya masih kekal misteri. Apapun, kita nantikan Avengers 4 di pawagam pada tahun 2019 nanti. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan