Hugh Jackman Terbuka Untuk Berlakon Watak Superhero Selain Logan


Hugh Jackman dilaporkan terbuka untuk kembali sebagai watak superhero di masa hadapan. Namun, dia tidak akan kembali untuk melakonkan watak Logan. Hugh Jackman sebelum ini dilaporkan sudah berhenti daripada melakonkan watak Logan selepas 17 tahun memegang watak itu semenjak daripada filem X-Men yang diterbitkan pada tahun 2000.


Dalam satu temubual bersama MTV dalam sesi promosi filem terbarunya, The Front Runner, dia ditanyakan tentang pengalamannya tentang menjadi seorang superhero dan juga masa hadapannya. Hugh Jackman tidak menolak jika ditawarkan watak superhero selain Logan di masa hadapan. 
Oh yeah, I'd be open to that. Yeah, for sure. I mean, for me I never saw it as a superhero, even when I got Logan and I didn't know much about the X-Men series or comic book series, I was like 'these are great characters.' All of these people are flawed characters. Sure they have extraordinary abilities, right, but they are all really flawed, and that's what the movie's about. That's why people relate to it.
Hugh Jackman sebelum ini memang dikenali dengan watak Wolverine. Namun, disebabkan masalah fizikal dan kesihatan, Hugh Jackman akhirnya terpaksa menyerahkan diri dan berhenti daripada melakonkan watak itu.

Buat masa ini, superhero yang boleh menyerlahkan Hugh Jackman kembali ialah watak dari dunia Marvel Cinematic Universe. Jika Hugh Jackman bergabung dengan watak dari dunia MCU, maka ianya akan menjadi sesuatu perkara yang menaikkan lagi MCU di mata peminat. Sekarang, penerbit harus tahu watak apa yang sesuai untuk Hugh Jackman selain Logan.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan