Chris Evan Masih Belum Sedia Undur Diri Jadi Captain America?


Chris Evan dilaporkan masih belum bersedia untuk melepaskan watak Captain America dalam Avengers 4. Demikian menurut pengarah bersama Avengers 4, Joe Russo. Sebelum ini ada spekulasi menyatakan bahawa filem Avengers 4 ialah filem terakhir lakonan Chris Evan. Namun nampaknya kini, kita mungkin tidak mempunyai kepastian tentang khabar itu.


Dalam sebuah temubual bersama USA Today, Joe Russo ditanya tentang spekulasi peminat tentang watak Chris Evan yang membuatkan para peminat beremosi.
I think it was more emotional for [Chris Evans] than it was for us, mostly cause he’s not done yet. I don’t want to explain what I mean, but audiences will soon understand.
Kenyataan yang dibuat Joe Russo mungkin mendedahkan bahawa Chris Evan masih belum undur diri untuk berehat sebagai watak Captain America. Walaupun pendedahan Joe Russo kelihatan bercanggah dengan berita yang mendedahkan bahawa kontrak Chris Evan untuk filem Marvel Cinematic Universe sudah berakhir.

Russo menyatakan bahawa peminat akan faham apa yang dikatakan setelah menonton Avengers 4. Jika ini filem terakhir Chris Evan atau sebaliknya, semuanya akan terjawab di dalam filem Avengers 4 yang akan datang. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan